Bonus bayi cecah RM5,000! Cara Itali atasi krisis populasi bikin ramai cemburu. Intensif boleh buat deposit kereta baharu - Netizen

Iklan

AGAK mengejutkan apabila negara maju seperti Itali juga berdepan dengan krisis populasi apabila kadar kelahiran di sana semakin menurun.

Lazimnya, empayar Jepun antara nama yang sering menjadi sebutan apabila berdepan dengan kemelut sama sehingga digelar negara tua menjelang tahun 2050.

Iklan
Iklan

Namun, tak sangka pula Kesatuan Eropah seperti Itali juga berdepan isu serupa sehinggakan kerajaan melancarkan insentif bonus bayi yang bukan calang-calang.

Lapor Italy News.Online, kadar €1,000 (lebih kurang RM5,000) bukan saja ditawarkan buat penduduk yang bertaraf warganegara, bahkan kepada rakyat dari anggota Kesatuan Eropah lain.

Iklan

Selain itu, mereka yang bukan warganegara namun memegang taraf pemastautin jangka panjang yang sah di Itali juga berpeluang untuk menerima bonus lumayan berkenaan.

Iklan

Menurut laporan Institut Keselamatan Sosial Kebangsaan Itali, setiap anak yang dilahirkan atau diambil sebagai anak angkat pada tahun ini boleh menikmati insentif tersebut.

Mereka boleh mengakses elaun bebas cukai berkenaan untuk setiap bayi 2025 tanpa sebarang proses rumit.

Kerajaan juga turut memperuntukkan bajet untuk bonus bayi pada tahun ini sebanyak €330 juta manakala jumlah berkenaan akan meningkat sebanyak €360 juta menjelang tahun depan.

BAJET BESAR

Menurut Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni, kelulusan bajet yang besar itu antara keutamaan kerajaan untuk merancakkan lagi kelahiran buat rakyatnya.

Untuk rekod, Institut Statistik Kebangsaan Itali melaporkan, kadar kesuburan pada tahun 2024 jatuh ke paras terendah iaitu 1.18 kanak-kanak bagi setiap wanita.

Jumlah itu menurun daripada rekod sebelumnya iaitu 1.19 kanak-kanak yang ditetapkan pada tahun 1995.

Kedua-dua angka itu jauh daripada kadar penggantian ideal 2:1 anak perwanita yang diperlukan untuk mengekalkan kestabilan populasi negara.

Rata-rata netizen yang mengikuti perkongsian tersebut agak terkejut dengan nilai insentif cukup besar sampaikan ada yang terfikir boleh buat deposit kereta baharu.

Pun demikian, negara kita juga tak terkecuali berdepan dengan krisis sama.

Merujuk statistik yang dikongsikan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Malaysia dijangka menjadi negara tua menjelang tahun 2043.

Tak mustahil, populasi individu berusia 65 tahun ke atas menguasai 14 peratus penduduk selepas berlakunya penurunan kadar kelahiran.

Jadi, apa perlu kita lakukan untuk mengekalkan populasi yang seimbang?