BIARPUN sudah memiliki nama dan popular, penyanyi Tomok terus berjuang untuk mendapatkan segulung sarjana.
Memulakan hari pertama perjalanan akademik peringkat sarjana di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Menerusi hantaran di Instagram, pemilik nama Shah Indrawan Ismail, 41, memuat perjalanan hari pertama bergelar pelajar.
Kelihatan isteri, Ayu Abas dan anak-anak mereka turut hadir menghantar vokalis New Boyz itu untuk kembali bergelar pelajar sepenuh masa dalam program Sarjana Pengajian Persembahan di Fakulti Muzik dan Seni Persembahan UPSI bagi Semester 2, sesi 2024/2025.


"Biasanya ayah, ibu hantar anak anak. Ini terbalik pula.
Perkongsian Tomok memberikan inspirasi kepada peminat.
Warganet mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan agar pembelajaran juara One In A Million (OIAM) musim ketiga itu berjalan lancar.
"Masya-ALLAH hebatnya Tomok. Kuat semangat sambung belajar."
"Adakah ini petanda saya juga kena sambung master's? All the best Tomok."
"Saya bangga menjadi salah seorang peminat Tomok dan New Boyz. Good luck semua, selamat menjadi pelajar."
Sekadar info, Tomok terdahulu memegang graduan Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif Universiti Utara Malaysia (UUM) dan menamatkan pengajian dengan selempang emas selepas meraih Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) kelas pertama iaitu 3.67 dan ke atas.
Pelantun lagu Rindu Terhenti dan Berlari itu telah mendirikan rumah tangga Rahayu Abas atau lebih mesra dipanggil Ayu pada 2 Julai 2011.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Arrianshah Akid, Andrashah Iman dan Siti Khadijah.