KASIH sayang antara usahawan terkenal Rozita Ibrahim dan menantu-menantunya selalu menjadi perhatian. Sikapnya yang tidak membeza-bezakan dan menganggap menantu seperti anak sendiri, tidak hairanlah Rozita atau lebih dikenali sebagai Bonda Rozita bak 'mentua kiriman Tuhan.'
Baru-baru ini, Rozita, 61, menerusi Instagram meluahkan betapa rapatnya beliau dengan isteri anak keduanya, Datuk Seri Alif Shukri iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid, 40.
Usahawan jamu dan ekopelancongan itu sempat mengimbas kenangan mereka berdua bukan yang bukan setakat mentua dan menantu perempuan, malah sebagai teman rapat.
"Sebab itu dia jadi pilihan sebagai menantu, jika saya uzur nanti saya pasti dia adalah menantu yang boleh menemani saya. ALLAH jagakan insan ini untuk Shukri dan anak-anaknya.
"Dia sahabat baik yang tahu semua kisah duka saya yang anak-anak saya pun tidak tahu. Saya sorokkan dan hanya dengan Ida (Nur Shahida) saya ceritakan. Dia wanita terhebat di hati saya.
'Beauty with brain, bukan wanita mata duitan.' Bonda Rozita sayang menantu, akui Nur Shahida tak meminta-minta
Iklan