BAYANGKAN hilang hampir tiga bulan selepas dihanyutkan di tengah Lautan Pasifik tanpa sebarang signal dan bantuan navigasi!
Lagi malang, nasib nelayan dari Marcona, Peru menjadi tanda tanya ramai apabila dikatakan ghaib tanpa bekalan makanan yang cukup.
Tambah ngeri, beliau hanya seorang diri jer ketika dilaporkan hilang.
Lapor The Washington Post, bot yang dinaiki Maximo Napa dikatakan hanyut hingga ke tengah laut akibat ribut kuat yang melanda kawasan perairan tersebut.
Kalau diikutkan fakta kes, mangsa dikatakan keluar ke laut untuk memancing pada 7 Disember lalu sebelum dilaporkan tidak pulang ke rumah seperti yang dijanjikan.
Nak dijadikan cerita, niat awalnya mahu memancing selama dua minggu jer untuk dapatkan stok bekalan ikan tapi lain pula jadinya.
Barangkali nasib tak menyebelahinya apabila bot kecil beliau terbabas jauh daripada laluan asal dan hilang selama 95 hari.
Dalam tempoh yang lama itu, famili mangsa mulakan pencarian kerana bimbang tiada sebarang khabar daripada Napa selepas dua minggu.
Disebabkan laut yang luas, misi pencarian bertemu jalan buntu sehinggalah pasukan peronda perikanan Ecuador dapat jumpa lelaki malang tersebut.
Padanlah misi pencarian gagal sebab kedudukan Napa rupa-rupanya lebih 1,000 kilometer dari pantai.
Ketika ditemui, mangsa dalam keadaan dehidrasi teruk dan kritikal, tapi masih bernafas.
Makan lipas
"Saya tak mahu mati." Itulah kata-kata Napa semasa diselamatkan pasukan peronda yang kemudian membawanya ke Paita untuk rawatan lanjut.
Cerita Napa, beliau terpaksa makan lipas, burung laut dan penyu untuk teruskan hidup selepas terdampar tengah laut.
Selain air hujan sebagai minuman, beliau juga terpaksa ikat perut selama 15 hari sebelum ditemui nyawa-nyawa ikan.
"Jadi, saya kena bertahan dan nak balik rumah. Saya kuatkan hati demi mereka,” katanya.
Sementara ibunya, Elena Castro juga hampir putus asa mengenangkan anaknya yang hilang tanpa khabar berita.
Boleh jadi doanya dimakbulkan tuhan. Napa akhirnya berjaya pulang walaupun dalam keadaan tubuh yang lemah.Beliau dikatakan menjalani pemeriksaan di Paita sebelum dibawa pulang ke Lima.
Sedih, kan? Tak semua orang mampu bertahan sebegitu lama di tengah laut.
Paling penting, pastikan alat navigasi dan alat perhubungan dalam keadaan baik sebab kalau apa-apa berlaku, boleh minta bantuan segera.