Nenek 94 tahun sapu habis semua jawatan di pekan paling sunyi di Amerika Syarikat. Ini kisah pelik tapi benar Elsie Eiler

Iklan

NAMA Amerika Syarikat cukup gah di mata dunia. Mana tidaknya, pengaruh kuasa besar yang menjadi antara penentu ekonomi global yang bukan kaleng-kaleng.

Namun, siapa sangka negara yang cukup moden dan maju itu terselit satu pekan kecil seluas 0.21 batu persegi yang hanya memiliki satu jer penduduk.

Iklan
Iklan

Lapor The US Sun, Monowi yang terletak di Nebraska itu kembali menjadi sebutan netizen selepas viral seorang nenek yang menjadi satu-satunya penduduk di sana.

Iklan

Boleh bayangkan tak, seorang perempuan berusia 94 tahun yang tinggal seorang diri di pekan itu dan beliau sapu habis jawatan yang ada termasuklah title datuk bandar.

Iklan

Nak dijadikan cerita, Elsie Eiler bukan saja pemilik sebuah pub, malah wanita itu juga seorang perpustakaan, penjaga lampu dan banyak lagi.

Bukan tak pernah hidup merantau, Eiler sebenarnya pernah berhijrah ke Kansas pada tahun 50-an kerana mengikut kekasihnya yang merupakan bekas anggota tentera udara.

Bagaimanapun, selepas berkahwin mereka kembali semula ke pekan itu dan membuka bisnes pub kecil bernama Monowi Tavern yang masih beroperasi sehingga kini.

Apa yang menarik tentang Eiler, meskipun sudah ramai berpindah ke bandar besar sejak awal 1970-an, namun wanita itu tetap tak berganjak.

Malah, hanya tinggal 18 penduduk jer di pekan itu menjelang tahun 1980 sebelum wanita itu tinggal berdua bersama suaminya, Rudy sejak tahun 2000.

Meski suaminya sudah tiada, Eiler tetap setia tinggal di sana dan membuka sebuah perpustakaan yang dinamakan sebagai Rudy Library.Menariknya, dari bangsal kecil yang berkeluasan hanya 30 meter persegi, warga emas itu gigih mengumpulkan lebih 5,000 buku dan menjadikannya sebuah bangunan awam.

Tak betah duduk diam, beliau sendiri meluluskan permohonan lesen perniagaan dan perancangan bandar yang mana setiap lampu jalan dipastikan hidup dan berfungsi.

Bukan apa, kemudahan itu untuk pemandu trak, pelancong atau petani yang datang singgah ke pub untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan.

Ramai yang sarankan beliau untuk berpindah dan ikut anak-anaknya, namun Eiler tak sanggup nak tinggalkan pekan terpencil tersebut.

Bagi kebanyakan orang, sebuah kawasan tanpa penduduk mungkin sudah dianggap pekan mati, namun bagi Eiler itulah tempatnya selagi bernyawa.

Bagaimana keadaan kalian jika tinggal sendirian di bandar kecil tak berpenghuni? Boleh bikin stres, apatah lagi tak ada kawan atau jiran nak berbual.

Apapun salute kepada Eiler yang setia menjaga pekan itu sampailah sekarang ini walaupun usia sudah lanjut.