Iklan
Iklan
Namun, itu hanyalah ketika beliau bekerja dalam sektor kerajaan sehingga tahun 2017. Selepas meninggalkan kerjaya tersebut, Dr Say mengakui kehidupannya berubah apabila tidak lagi menerima gaji tetap setiap bulan.
"Kalau seorang doktor yang masih berkhidmat dengan kerajaan, memang akan stabil kewangan sebab setiap bulan gaji masuk.
"Tapi saya dah berhenti sejak 2017. Sejak itu saya memang kerja 24 jam kerana tiada kestabilan,” ujarnya.
Oleh sebab pendapatan yang tidak menentu, beliau terpaksa mengurus kewangan secara lebih strategik, malah pernah menggunakan simpanan untuk menampung keperluan bulanan.
Dalam perkongsian itu juga, Dr Say secara terbuka mendedahkan jumlah komitmen bulanan yang perlu ditanggungnya dan menyemak secara terperinci setiap satu daripadanya.
"Yuran sekolah anak pertama saya RM6,000, sewa rumah RM5,500, gaji pengurus RM5,000, kereta Jaguar RM5,000, Alphard RM2,500, nafkah isteri RM2,000, gaji pembantu rumah RM1,700, terapi anak RM1,000, takaful RM1,000, pinjaman ASB RM1,000, gim RM1,000 dan bil-bil semua RM1,000.
"Jumlah keseluruhan, komitmen bulanan saya cecah RM35,000," jelas beliau.
Walaupun kedengaran besar, Dr Say tidak melihat isu itu sebagai beban, sebaliknya lebih kepada tanggungjawab dan pengurusan gaya hidup yang dipilih.
"Komitmen inilah yang jadi penentu saya perlu dapatkan jumlah itu setiap bulan.
"Kalau tanya saya cukup ke tidak apa yang kita dah ada sekarang, jawapannya tak akan pernah cukup.
"Apa yang penting adalah ketenangan, bukan jumlah," kata Dr Say lagi.
Meninjau di ruangan komen perkongsian tersebut, rata-rata warganet memberi reaksi terkejut dengan jumlah komitmen yang tinggi, terutamanya apabila mendengar nilai sewa rumah dan ansuran kereta mewah.
Artikel Berkaitan