Hiburan digital berwajah baharu, UTV tampil dengan pendekatan autentik. 'Buka ruang supaya lebih ramai bersinar, terutama wanita'

Iklan

DALAM dunia hiburan yang serba pantas hari ini, satu nama mula mencuri tumpuan, iaitu UTV.

Namun jangan silap, ini bukan sekadar satu lagi platform penstriman (OTT) yang sedia ada, sebaliknya ia hadir dengan nafas baharu, acuan tempatan dan semangat luar biasa yang bakal mengubah cara kita menonton, merasai dan menghargai seni serta suara tempatan.

Iklan
Iklan

Diterajui oleh Usanita Sdn Bhd menerusi cabangnya, Usanita Entertainment, UTV ibarat hadiah istimewa buat penonton Malaysia dan serantau.



Dihidangkan dengan tagline Stream For You, platform tersebut mengangkat tema hiburan yang lebih peribadi, inklusif dan menyentuh emosi, seperti sebuah surat cinta kepada pelbagai wajah dan suara Malaysia.

Kalau OTT lain banyak menayangkan kandungan dari luar negara, UTV pula tampil dengan pendekatan berbeza. Ia bukan sekadar menampilkan drama atau filem, tetapi mahu meraikan kisah autentik rakyat Malaysia, cerita yang dekat dengan hati, wajah yang dikenali dan suara yang mewakili kita semua.

Iklan

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datuk Adzliana Hasan, UTV lahir daripada satu hasrat besar untuk menyediakan pentas digital bagi penggiat seni tempatan melangkah lebih jauh.

"Kami melihat potensi yang sangat besar dalam kandungan tempatan. Ada banyak kisah, banyak bakat, tetapi ruang untuk mereka masih sempit.

Iklan

Daripada drama bersiri, telefilem, filem asli, dokumentari, bual bicara, hingga kandungan gaya hidup yang ‘ngam’ dengan generasi digital, UTV menjanjikan kepelbagaian kandungan premium yang bukan sahaja menghiburkan, malah menyentuh hati dan menyatukan masyarakat.

Sentuhan magis

Untuk memastikan kualiti UTV bukan ‘tangkap muat’, produksi berkenaan membawa masuk satu nama besar dalam industri seni tanah air, iaitu Erma Fatima sebagai penasihat saluran. Sentuhan magis pengarah drama Keluarga Itu pastinya memberi impak besar dari segi kualiti produksi dan hala tuju kandungan UTV.

Pada masa sama, Usanita Entertainment turut mengumumkan dua acara istimewa yang bakal memanaskan pentas seni tempatan.

Bertempat di NERO Event Space, Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC), dua malam eksklusif bakal berlangsung: An Evening with Nadeera Zaini pada 30 Mei dan Hael Husaini Antonim Night pada 31 Mei.

Masing-masing dijadualkan bermula pada jam 8.30 malam. Konsep persembahan yang intim dan eksklusif itu membolehkan peminat berinteraksi lebih dekat dengan artis kegemaran mereka—satu pengalaman yang jarang ditawarkan oleh acara berskala besar.

Menurut Adzliana, ini adalah salah satu cara Usanita menghargai seni dan peminat:



"Persembahan ini adalah ruang untuk artis menzahirkan karya mereka dalam suasana yang penuh makna, dan pada masa yang sama, sebagai tanda terima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokong seni tempatan,” jelasnya lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media di Majlis Sambutan Aidilfitri Usanita Sdn Bhd yang berlangsung di Grand Hyatt Kuala Lumpur.

Majlis berkenaan turut dihadiri barisan selebriti popular tanah air seperti Fattah Amin, Amira Othman, Sherry Al Hadad, Erma Fatima, Nadeera, Hael Husaini dan ramai lagi.