Gabungan mantap Kak Nab & Kak Yaya, FFF 11.0 sasar lebih 500,000 pengunjung

Iklan

FESTIVAL makanan paling dinanti-nantikan, Fantastic Food Fest (FFF) kembali dengan edisi ke-11 pada 8 hingga 11 Mei 2025.

Bakal berlangsung di Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang, ia menampilkan kelainan dan kemeriahan berganda.

Iklan
Iklan

Lebih menarik, edisi kali ini menyaksikan kerjasama erat antara pengasas FFF, Nabilah Baharin atau lebih dikenali sebagai Kak Nab, bersama jenama wangian terkenal tempatan, Yaya Empire Sdn. Bhd. yang diasaskan oleh Nadia Mat Isa atau Kak Yaya.

Iklan

Kak Nab menjelaskan bahawa kerjasama bersama Yaya Empire Perfume merupakan satu sinergi yang bukan sahaja menggabungkan kekuatan dua jenama, malah membuka ruang kepada para usahawan untuk menonjolkan produk mereka kepada khalayak yang lebih luas. Matlamat utama mereka adalah untuk membantu vendor menjana pendapatan lumayan melalui festival yang meriah dan tersusun.

Selepas kejayaan FFF di Alor Setar yang mencatat lebih 500,000 pengunjung, penganjuran di Bertam ini dijangka menarik lebih ramai orang, khususnya dari sekitar utara Semenanjung Malaysia.

Iklan

Bertam dipilih sekali lagi kerana sambutan hangat sebelum ini, namun kali ini lebih istimewa kerana Kak Nab sendiri bakal turun padang sepenuhnya. Festival yang terdahulu diadakan di lokasi ini berlangsung ketika beliau masih dalam pantang.

FFF 11.0 akan menghimpunkan lebih 130 vendor, terdiri daripada pengusaha produk viral dan usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) dari seluruh negara.

Konsep bertema

Seperti biasa, festival ini akan menampilkan pelbagai konsep bertema yang unik.

"Vendor akan tampil dengan kostum mengikut tema tertentu seperti watak filem atau elemen tradisional, menjadikan pengalaman pengunjung bukan sekadar tentang makanan, tetapi hiburan dan visual yang menarik.

"Lebih menarik, festival ini turut diserikan dengan penyertaan selebriti tanah air seperti Azza Elite, Cat Farish, Dato’ Nash, dan mungkin Abby Abadi. Ini memberikan nilai tambah kepada suasana festival yang sememangnya sudah padat dengan aktiviti dan jualan makanan viral," ujar Kak Nab.

Memulakan kerjayanya dalam dunia perniagaan melalui butik fesyen sekitar tahun 2015, Kak Nab kini aktif dalam penganjuran acara pelbagai skala.

"Antara 40 hingga 60 peratus vendor yang terlibat merupakan individu atau syarikat yang pernah beliau review secara peribadi.

"Ini sekali gus menunjukkan kesungguhan beliau dalam membina komuniti usahawan tempatan yang berjaya dan berdikari," ujarnya lagi.

Mengulas isu berkaitan logistik dan kesesakan yang pernah timbul, Kak Nab menjelaskan bahawa kejayaan sesuatu acara sememangnya sukar dipisahkan dengan cabaran tersebut.

Namun begitu, beliau sentiasa memastikan aspek akses dan keselesaan pengunjung diberi keutamaan.

Tambahan pula, FFF turut mempunyai pasukan media yang membantu vendor dalam mempromosikan produk mereka, terutamanya yang berdepan dengan jualan perlahan.

Keusahawanan tempatan

Sementara itu, Kak Yaya yang menerajui Yaya Empire Perfume berkongsi kisah inspirasi perjalanannya daripada seorang pensyarah TVET kepada pengusaha minyak wangi berjaya.

Bermula dengan modal hanya RM80, kini perniagaannya mencatat pulangan sehingga tujuh angka sebulan.

Beliau kini memberi tumpuan kepada pemerkasaan usahawan wanita, khususnya suri rumah yang ingin menjana pendapatan sampingan.

Kak Yaya juga menyatakan hasrat untuk membawa jenama Yaya Empire ke pasaran antarabangsa, selain memperluas rangkaian produk kepada penjagaan badan (body care).

Buat masa ini, 80 peratus produk Yaya Empire disasarkan kepada wanita, manakala 20 peratus lagi untuk lelaki.

Menurut beliau, produk wangian mempunyai kadar pembelian berulang (repetition) yang tinggi kerana ia mudah digunakan dalam pelbagai situasi.

Selain menyediakan platform jualan dan promosi, Yaya Empire turut menyumbang kepada festival dengan membawa barisan artis dan selebriti popular seperti Ara Johari dan Afieq Shazwan, menjadikan acara ini semakin menarik dan pelbagai.

Kedua-dua usahawan ini berharap agar festival ini bukan sahaja memberi peluang kepada usahawan kecil, tetapi turut menjadi satu acara yang mencerminkan semangat kerjasama dan keusahawanan tempatan.

Mereka juga menyasarkan untuk menganjurkan lebih banyak acara selepas ini, termasuk festival fesyen dan raya sebagai usaha mempelbagaikan bentuk penganjuran yang memberi manfaat kepada masyarakat.