‘Wah, Ayash nak jadi abang?' 'Baby bump’ Watie Hanifiah curi tumpuan, mohon doa baik-baik

Iklan

SEJAK kebelakangan ini, spekulasi mengenai kehamilan Watie, isteri kepada pelawak dan usahawan terkenal, Shuib semakin menjadi bualan hangat netizen.

Semuanya tercetus apabila kelihatan ‘baby bump’ kecil menerusi video terbaharu yang dimuat naik pemilik nama sebenar, Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah di Instagram miliknya.

Iklan
Iklan

Tidak cukup dengan itu, gelagat manja Mateen, yang sering memeluk dan mengusap perut ibu tirinya itu turut menimbulkan tanda tanya ramai.

Malah melalui status yang dimuat naik oleh Shuib dua minggu lepas menguatkan lagi berita baik ini mungkin adalah kenyataan.

Iklan

Lebih menarik perhatian, apabila dalam rakaman sewaktu mereka menunaikan umrah baru-baru ini, Shuib dilihat mengusap lembut perut isteri kesayangannya itu, seolah-olah memberi bayangan sesuatu yang sedang dirahsiakan daripada pengetahuan umum.

Walaupun berita itu semakin meluas di media sosial, pasangan ini dilihat kekal tenang dan belum memberikan sebarang pengesahan rasmi.

Iklan

Malah, sewaktu ditemu bual Deejay Suria FM, Watie hanya ketawa dan meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya dan keluarga.

"Semoga doa yang baik-baik itu akan kembali kepada anda semua juga,” ujarnya ringkas namun penuh makna.

Terdahulu, Shuib pernah menyatakan hasrat untuk menimang cahaya mata tahun ini. Watie pula membalas dengan harapan semoga ada rezeki untuk mereka berdua.

Untuk rekod, Shuib, 41, yang kehilangan isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pada Ogos 2021 akibat jangkitan COVID-19, sah bergelar suami kepada Watie pada 23 Jun 2023.

Walaupun tiada kenyataan jelas diberikan mengenai spekulasi ini, rata-rata peminat mendoakan agar berita itu benar dan segalanya dipermudahkan buat pasangan ini.

Sehingga kini, netizen masih ternanti-nanti jawapan daripada mereka.