SETIAP pasangan yang berkahwin pasti mendambakan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga.
Begitu juga dengan pelakon, Sweet Qismina yang tidak menafikan dirinya turut memasang impian untuk bergelar seorang ibu.
Baru-baru ini, pemilik nama penuh Farhanna Qismina Supandi itu meraih perhatian ramai di platform TikTok selepas memuat naik satu hantaran berbentuk visual memperlihatkan dirinya sedang berbadan dua, namun ia dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).
"Bayangkan diri saya mengandung. Insya-ALLAH suatu hari nanti.
"Semoga ALLAH memberi rezeki zuriat, amin,” tulis Sweet ringkas.

