'Lama tidak berjumpa...' Sarah Hildebrand bakal bergelar ibu, kandungan kini usia tiga bulan

Iklan

PELAKON Sarah Hildebrand berkongsi khabar gembira apabila mengumumkan dirinya kini sedang hamil anak sulung.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Sarah memuat naik gambar imbasan kandungan yang menunjukkan kandungannya kini telah memasuki usia tiga bulan.

Iklan
Iklan

Dalam kapsyen ringkas yang ditulis, dia meluahkan rasa gembira dan teruja untuk bergelar seorang ibu.

Iklan

Sebelum ini, pemilik nama sebenar, Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand turut berkongsi gambar alat ujian kehamilan sebagai petanda awal kehamilannya kepada para pengikut di media sosial.

Iklan

Artikel berkaitan:

Wanita berumur 35 tahun itu memberitahu bahawa dia kini lebih banyak menikmati kehidupan tanpa terlalu berkongsi secara terbuka di media sosial.

Namun, berita kehamilan ini dirasakan terlalu bermakna untuk tidak dikongsi.

"Lama tidak berjumpa. Saya sibuk dengan kehidupan dan mencipta memori. Satu perkara ini tidak mungkin saya lepaskan untuk kongsi,” katanya.

Pada Ogos tahun lalu, Sarah mengejutkan peminat apabila memuat naik beberapa gambar yang memberi bayangan dia kembali mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki mat salih.

Pasangan tersebut diraikan dalam sebuah majlis yang ringkas namun cukup bermakna.

Untuk rekod, Sarah pernah mendirikan rumah tangga dengan Otto Gillen pada November 2019, namun perkahwinan itu berakhir dengan perceraian.

Beberapa tahun lalu, Sarah turut membuat keputusan meninggalkan dunia hiburan tempatan dan menerima tawaran untuk berkhidmat dengan Tentera Udara Amerika Syarikat.

Kini, dengan kehamilan pertamanya, Sarah dilihat memasuki fasa baharu dalam kehidupannya dan jelas sedang menikmati setiap detik sebagai bakal ibu.