'Maaf, mungkin saya terlalu letih.' Amber Chia muat naik foto dagu tercedera buat warganet bimbang

Iklan

MODEL dan pelakon, Amber Chia mengalami kecederaan dipercayai terjatuh.

Iklan
Iklan

Wanita berusia 43 tahun itu memuat naik gambar dirinya dengan keadaan dahu terbelah dan lelehan darah pada wajah dan lantai.

'Maaf, mungkin saya terlalu letih.'

Iklan

Best Top Model 2004-2005 itu turut memuat naik foto sedang mendapatkan rawatan menerusi Insta Story.

Iklan

Warga maya yang terkejut dengan perkhabaran itu memberikan kata-kata semangat dan sokongan moral buat Amber agar cepat sembuh.

"OMG Amber. Semoga anda kuat dan tabah sepanjang masa yang mencabar ini. Rehat secukupnya dear sis, moga cepat sembuh."

"Oh Amber, apa yang berlaku? Hati-hati sis dan cepat sembuh."

"Apa yang terjadi Amber? Tolong jaga diri anda, speedy recovery."

Pada Julai 2023, Amber pernah mengalami kecederaan akibat jatuh tangga dan hingga perlu menjalani pembedahan.

Kemalangan kecil itu berlaku selepas beliau pitam.

Sekadar info, Amber ialah orang Asia pertama terpilih sebagai model Guess Watches dan kini sedang mengusahakan akademi peragaannya sendiri iaitu Amber Chia Academy.

Berasal dari Perak tetapi dibesarkan di Tawau, Sabah, Amber memulakan kerjaya peragaannya pada 2004. Peragawati berwajah menawan ini berkahwin dengan ahli perniagaan, Adrian Wong dan dikurniakan seorang anak lelaki Ashton,15.