BERITA kehamilan pempengaruh terkenal, Dahlia Rizal amat dinantikan oleh peminat setianya.
Setiap kali beliau memuat naik status, ramai yang memuji kecantikannya dan mendoakan kesejahteraan untuk beliau dan bayi dalam kandungan.
Penantian selama sembilan bulan akhirnya menemui noktah apabila isteri kepada Imran Aqil ini selamat melahirkan zuriat pertama mereka semalam secara pembedahan.
Lebih istimewa, anak perempuan pasangan ini berkongsi bulan kelahiran yang sama dengan ibunya.
Tiga hari berada di hospital menanti waktu kelahiran merapatkan lagi hubungan antara mereka.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya, Dahlia melahirkan rasa terharu dengan pengorbanan suaminya yang tidak tidur nyenyak dan sentiasa memberikan keselesaan kepadanya walaupun sibuk dengan kerja hakiki.
Dalam pada itu, akaun media sosial pasangan tersebut dihujani dengan ucapan dan komen positif peminat masing-masing.
yayanmohdd: Girl crush i dah jadi mommy congratulations dahliah! yass we got another anak buah online
fifyafiqah_: Kita yang bergenang air mata baca posting. Congrats Dahlia!
atikaharbn: Congrats Dahlia alhamdulillah dah jadi mommy
hnshz_: Alhamdulillah, selamat berpantang Dahlia moga anak yang dilahirkan jadi anak soleh solehah insha-ALLAH amin.
fatihussein: Alhamdulillah. Congrats korang! Moga dipermudah segala urusan and dipermurah rezeki!
Dahlia Rizal dan Imran Aqil mendirikan rumah tangga pada September 2023. Majlis resepsi mereka menjadi perbualan ramai kerana diadakan sebanyak empat kali sepanjang empat bulan bergelar suami isteri.