Belum sempat bernikah, guru muda tertekan beban kerja melampau maut akibat serangan jantung

Iklan

GARA-GARA terlalu tertekan dengan bebanan kerja yang melampau, seorang guru muda di Beijing, China ditemui meninggal dunia.

Lebih menyedihkan, mangsa yang juga bakal pengantin baharu itu ditemui tak bernyawa di pejabatnya selepas dikatakan terkena serangan jantung.

Iklan
Iklan

Lapor South China Morning Post, lelaki yang dikenali dengan nama Li itu dilaporkan kepenatan selepas dikerah mengurus 400 pelajar.

Lagi malang, mangsa berusia 20-an itu juga didakwa dipaksa bekerja lebih masa secara berlebihan sebelum dibenarkan cuti panjang untuk berkahwin.

Iklan

Nak dijadikan cerita, Li sudah bekerja di syarikat pendidikan dan tuisyen peribadi di Wuhan selama lima tahun.

Iklan

Beliau menguruskan kursus dan pengajian dalam talian melibatkan pelajar sekolah rendah dan menengah.

Boleh dikatakan syarikat tersebut popular di China kerana mempunyai lebih 160 juta pengguna yang mengikuti kelas Bahasa Inggeris dan Matematik.

Menurut laporan polis, Li bekerja di sana selepas tamat kolej dan diberi tanggungjawab sebagai tutor dalam talian.

Bagaimanapun sebelum kejadian sadis itu berlaku, lelaki itu didakwa sering balik lewat sehinggalah pada satu hari gagal dihubungi tunangnya.

Risau mangsa ditimpa musibah tak diingini selepas gagal dihubungi berkali-kali, tunang Li nekad membuat laporan polis.

Apa yang membuatkan ramai terperanjat, lelaki itu dijumpai tidak sedarkan diri di pejabatnya oleh pekerja pembersihan.

PUNCA KEMATIAN

Jika diselidik latar belakang mangsa, Li dibesarkan dalam keluarga yang susah yang mana mangsa merupakan anak bongsu daripada dua beradik.

Ayahnya sudah lama meninggal dunia dan ibunya sudah berkahwin lain.

Menurut cerita tunangnya, mereka bercadang untuk berkahwin pada bulan ini, namun tak kesampaian.

Kes kematian tersebut kini disiasat pihak berkuasa buruh tempatan bagi membela nasib mangsa yang dikatakan bekerja melebihi had.

Keluarga Li dilaporkan dalam proses untuk menyediakan dokumen untuk mengesahkan kematian berpunca akibat bebanan kerja melampau.

Bagaimanapun, majikan mangsa pula menegaskan tiada jadual kerja lebih masa pada hari kejadian kerana seluruh staf sedang bercuti.

Mengikut Undang-Undang Buruh China, waktu kerja dihadkan kepada lapan jam sehari atau 44 jam seminggu dengan maksimum 36 jam kerja lebih masa sebulan.