'Air mata tak berhenti, ALLAH izinkan masuk liang lahad...' Khiriah kongsi 'momen mahal' sebagai jenazah, pesan jangan tinggal solat

Iklan

AKTRES Khiriah terkenal dengan lakonan versatil. Terbaharu, Penerima anugerah Pelakon TV Komedi Terbaik (Telefilem) Anugerah Seri Angkasa 2022 itu berkongsi melakonkan babak pengebumian dan dimasukkan ke liang lahad.

Memegang watak Nor dalam drama berantai berkenaan di samping Azhan Rani, pemilik nama Noorkhiriah Ahmad Shapie memuat naik saat melakonkan scene sebagai jenazah dan meluahkan ia adalah momen yang amat bermakna.

Iklan
Iklan

"Saat-saat memasukkan diri ke liang lahad. Akak yang minta pada pengarah, Shahrulezad Mohameddin untuk masuk liang lahad kemudian akak lupa. Nervous dan kemudian blur.

"Sampai di kubur, akak stuck. Air mata tak berhenti. Ya ALLAH.

Iklan

"Pesan akak satu sahaja, jangan tinggal solat waima kita ni jahat macam mana sekalipun. Jika ada rasa sayang dengan diri sendiri," ujarnya.

Iklan

Pelakon berusia 49 tahun itu menganggap peluang melakonkan babak berkenaan adalah saat yang cukup berharga.

"Terima kasih ALLAH atas hadiah yang cukup besar. Pada 9 April 2025, dua hari sebelum ulang tahun kelahiran ALLAH izinkan akak masuk liang lahad.

"Kemudian pada hari birthday pula suami hadiahkan kain kafan. Dosa banyak sampai ALLAH bagi nikmat ini. Momen ini mahal," titip Khiriah.

Dalam pada itu, Khiriah tidak lupa mengucapkan terima kasih buat Shahrulezad dan mendedahkan perkara itu dilakukan demi ALLAH.

"Buat Abang Ezad (Shahrulezad), mata Nor jadi saksi betapa struggle abang demi #seributahun.

"Terima kasih abang, semoga tiap ketukan abang menjadi saham pahala buat abang. Di mulut abang tidak lekang..."Abang buat kerana ALLAH...”

"‘NOR’ akan Nor simpan rapi dalam hati. Semoga ALLAH membalas segala kebaikan abang," kongsinya yang turut mengucapkan terima kasih kepada semua warga kerja dan produksi drama berkenaan.

Artikel penuh:

Warga maya yang turut tersentuh dengan perkongsian berkenaan mengakui kembali bermuhasabah diri, insaf dan sebak.

Rata-rata tersentuh melihat aktres berkenaan menitiskan air mata sepanjang berada di dalam kubur.

"Semoga kepulangan kita dalam pengakhiran yang baik. Terima kasih untuk ingatan ini."

"Babak begini memang sangat elok dijadikan contoh untuk memberikan rasa insaf dan pengajaran buat penonton. Semua orang akan mati satu hari nanti. Good job Khiriah."

"Khiriah memang hebat primadona yang tidak didendang."