'1999 classmate Law School, 2015 my love.' Genap 10 tahun, Elena Eleas bahagia jadi suri hati Fahrin Ahmad

Iklan

DIAM tak diam sudah sedekad usia perkahwinan pasangan romantis ini.

Ternyata, 10 tahun yang penuh warna-warni bagi pelakon Fahrin Ahmad dan isteri, Elena Hani Eleas sepanjang mendirikan rumah tangga sejak tanggal 9 Mei 2015.

Iklan
Iklan

Semakin bertambah usia perkahwinan, detik disatukan sebagai suami isteri pastinya menjadi momen bermakna bagi mereka.

Menghargai ikatan perkahwinan, sebagai isteri, Elena meluahkan rasa syukur atas segala kurniaan ALLAH SWT.

Iklan

Bersempena meraikan ikatan ijab kabul yang terjalin selama 10 tahun, isteri dan pengacara terkenal itu juga menitipkan kata-kata manis buat suami tercinta.

Iklan

Sempat memuat naik kenangan melanjutkan pelajaran dalam bidang Undang-Undang di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Elena mendedahkan mereka berdua tidak berkawan dan hanya rakan sekelas.

"1999 classmate, 2015 my love," imbau Elena pada foto mereka berdua.

Artikel berkaitan:

Menyambut ulang tahun perkahwinan dan hari lahir Fahrin pada tarikh yang sama, Elena menerusi Instagram sempat mengucapkan kata-kata manis buat buah hatinya.

"Happy Birthday to the handsome guy in blue, my ex Law School classmate.

Sekadar info, pasangan ini disatukan pada 9 Mei 2015 yang juga hari jadi Fahrin yang ke-36 di Pusat Konvensyen Sime Darby.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Khalifa Fahrel yang kini berusia sembilan tahun.

Sumber: Instagram