'Mohon maaf, doakan kami.' Bella Dally & suami bakal berangkat tunai haji

Iklan

MUSIM haji kembali lagi dan pada tahun ini pelakon Bella Dally serta suami, Arif Izuddin Mohd Radzali 'dijemput' ALLAH menunaikan rukun Islam kelima itu.

Bakal bergelar Duyufurrahman, aktres berusia 33 tahun itu sempat memohon maaf sebelum melangkah ke Tanah Suci.

Iklan
Iklan

Bella yang mengadakan majlis doa selamat sempena keberangkatan ke Tanah Suci menyatakan kesyukuran atas peluang tersebut.

Beliau malah terharu dengan doa serta sokongan yang diterima daripada keluarga dan kenalan terdekat.

Iklan

"Terima kasih kepada semua yang hadir ke majlis doa selamat kami sebelum berangkat menunaikan haji.

"Kami sangat tersentuh dengan doa yang baik dan pemberian ikhlas daripada anda semua. Hati kami dipenuhi rasa syukur dan kebahagiaan,” katanya.

Iklan

Dalam perkongsian sama, Bella turut menzahirkan penghargaan kepada individu yang terlibat dalam menjayakan majlis berkenaan.

"Ucapan terima kasih yang istimewa juga kepada mereka yang membantu menganjur dan menyediakan majlis ini.

Pelakon Gila-Gila Remaja 2 itu turut menzahirkan penghargaan kepada individu yang terlibat dalam menjayakan majlis berkenaan.

"Ucapan terima kasih yang istimewa juga kepada mereka yang membantu menganjur dan menyediakan majlis ini," titipnya.

Bella dalam masa yang sama mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada semua pihak atas kesilapan yang mungkin pernah dilakukan.

"Ketika kami bersiap untuk berangkat tidak lama lagi, kami dengan rendah hati memohon kemaafan atas sebarang kesilapan atau kesalahan yang mungkin pernah dilakukan oleh saya atau suami, sama ada secara sedar atau tidak sedar.

"Mohon doakan kami,” tambahnya.

Sekadar info, Bella atau nama penuhnya Nabilah Ali Dally berkahwin dengan suaminya, Arif Izuddin pada tahun 2019.