Doa mengiringi Mak Salmah ke Tanah Suci, perkongsian Siti Nurhaliza buat ramai tersentuh. 'Ya ALLAH, jagakan ibuku, selamat pergi dan pulang..'

Iklan

LABBAIKALLAHUMMA labbaik...’ Itulah seruan penuh makna yang dilafazkan oleh setiap jemaah haji sebagai tanda menyahut panggilan Ilahi sebaik sahaja seseorang itu berniat ihram.

Iklan
Iklan

Ibu kepada biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Salmah Bachik antara jemaah yang selamat berangkat ke Tanah Suci Mekah pada subuh Rabu lalu.

Menerusi perkongsian Siti Nurhaliza di laman sosial, ibunda tercinta bakal melaksanakan rukun Islam yang kelima bersama-sama jemaah haji di bawah Lembaga Tabung Haji.

Iklan

Pelantun lagu Cindai itu meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga apabila segala urusan pendaftaran ibunya berjalan dengan lancar dan sempurna.

"Alhamdulillah, Subuh tadi (semalam) Mak Salmah berangkat menunaikan fardhu Haji. Syukur segala urusan beg dan pendaftaran berjalan lancar," tulisnya.

Iklan

Dalam perkongsian yang penuh makna itu, beliau yang mesra disapa TokTi, menzahirkan doa tulus buat ratu hatinya, agar dikurniakan kesihatan yang baik serta memperoleh haji yang mabrur sebaik pulang ke tanah air.

"Doakan semoga Mak Salmah dan jemaah lain diberikan kesihatan yang baik sepanjang menunaikan ibadah dan mendapat haji mabrur dan selamat pergi dan pulang.

"Ya ALLAH, jagakan ibuku dan seluruh jemaah haji," titipnya.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai. Rata-rata netizen dan rakan artis tidak ketinggalan menitipkan doa buat Mak Salmah agar perjalanan ibadah haji diberkati dan diterima oleh ALLAH SWT.

"Alhamudulillah, kami doakan Mak Salamah kuat dan dipermudah urusan," komen Shieraijoy.

Bahkan ada juga dalam kalangan pengikutnya yang turut berkongsi pengalaman serupa sambil meluahkan rasa sebak dan ‘debar rindu’ yang turut menanti kepulangan ahli keluarga.