BEKAS suami kepada pelakon veteran Liza Abdullah dilaporkan meninggal dunia pada pukul 10.45 malam Rabu.
Berita pemergian Allahyarham Zolkefli Abdul Rahman dimuat naik anaknya, Naffizz atau nama penuhnya Nurwafiez Syahiddah menerusi hantaran di Instagram Story.
Bagaimanapun, punca kematian tidak dimaklumkan.
"Abah saya, Zolkefli Abdul Rahman telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 10.45 malam tadi (Rabu).


"Dimaklumkan, jenazah akan dikebumikan pada jam 12 tengah hari Khamis selepas dimandi dan disolatkan di sebuah masjid di Sentul.
"Jenazah akan dimandikan dan disolatkan di Masjid Amru Ibni Al-As, Bandar Baru Sentul jam 7.30 pagi (Khamis)," titipnya.
Difahamkan, jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Taman Selasih. Insya-Allah disemadikan jam 12 tengah hari.
Sekadar info, Liza pernah mendirikan rumah tangga dengan Zolkefli, namun berpisah pada 2014 selepas 26 tahun berkongsi hidup.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Zulhaffiz Zarriq, Nurwafiez, Syahiddah, Zulsyahmi Naqib dan Zulsyahmi Afif.
Aidilfitri baru-baru ini pemenang kategori Watak Antagonis Popular, Anugerah Bintang Popular itu mendedahkan beliau dan bekas suami menyambut Aidilfitri bersama.
Tampil sedondon dengan anak-anak, Liza masih menjalin ukhuwah bersama bapa anak-anaknya dan berkumpul di rumah bekas adik ipar di Alam Impian, Shah Alam.
Sumber: Instagram