SIAPA sangka, penahanan pasangan suami isteri yang pada awalnya dikaitkan dengan kes rogol anak sendiri akhirnya menyingkap jenayah kejam.
Lagi sadis, bukan setakat zuriat sendiri, malah penyewa rumah dan gadis muda juga menjadi mangsa kerakusan Fred dan Rose West yang bersembunyi di sebalik imej pasangan bahagia.
Lapor The US Sun, ketamakan seksual pasangan durjana itu akhirnya memakan diri apabila anak kelima, Loiuse mendedahkan sisi hitam keluarganya kepada seorang rakan.
Rahsia dirogol ayah sendiri mengejutkan ramai pihak sehinggakan tujuh anak suspek kecuali si sulung ditempatkan di bawah jagaan keluarga angkat.
Bermula daripada situlah, satu demi satu kes jenayah mengerikan terbongkar di rumah bernombor 25, Jalan Cromwell, Gloucestershire, England tersebut.
Hanya dengan satu cerita menyeramkan tentang kakak sulung mereka iaitu Heather yang dibunuh dan ditanam di patio rumah membuatkan pegawai kebajikan tak senang duduk.
Pada mulanya, ia dianggap satu gurauan kanak-kanak. Namun menjelang Februari 1994, Heather langsung tidak dapat dikesan sekali gus satu waran geledah dikeluarkan.
Apa yang mengejutkan, polis mengesahkan bukan saja mayat Heather yang telah dikerat dijumpai, malah lapan lagi rangka manusia turut tertanam kawasan rumah berkenaan.
Penangkapan Fred dan Rose kemudian menjadi kes pembunuhan paling kejam dan tidak berperikemanusiaan sepanjang tahun 1967 hingga 1987.
Dalam tempoh itu, suami isteri tak berhati perut itu merogol, menyeksa dan membunuh 12 wanita dan gadis muda termasuk Shirley Robinson, 18, dan Alison Chambers, 16.
Pada 4 Mac 1994, Fred menyerahkan sekeping nota tulisan tangan kepada Detektif Superintendan Bennett dengan isinya berbunyi:
Cinta terlarangHasil siasatan polis, Fred dan Rose Letts mula berkenalan pada tahun 1969 yang mana pada ketika itu, Rose baru saja berumur 15 tahun.
Bagaimanapun, hubungan cinta mereka dibantah keras oleh keluarga kerana Fred pada ketika itu berusia 28 tahun, namun mereka akhirnya berpindah dan tinggal bersama.
Nak dijadikan cerita, Rose hamil anak pertama mereka, Heather dan pada masa sama, menjaga dua anak tiri Fred hasil perkahwinan terdahulu, Charmaine dan Anne Marie.
Rose dikatakan mula mendera kedua-dua anak tiri terutamanya Charmaine secara fizikal dan emosi selepas Fred dipenjarakan atas kesalahan mencuri.
Baru usia lapan tahun, namun Charmaine dibunuh pada tahun 1971 dan mayatnya disembunyikan di ruang bawah tanah sementara menunggu Fred keluar penjara.
Kemudian, ibu kandung Charmaine, Catherine 'Rena' Costello yang datang mencari anaknya turut menjadi mangsa apabila tubuhnya dikerat, dibungkus dalam plastik dan dicampakkan di sebuah ladang terbiar.
Kekejaman brutal itu tak terhenti setakat itu saja apabila tiga daripada lapan anaknya dijadikan mangsa seksual bapa sendiri apabila diikat sebelum dirogol di bilik bawah tanah.
Apabila keinginan membunuh pasangan itu semakin tidak terkawal, Fred dan Rose mula meluaskan buruan dengan menarik masuk penyewa ke dalam rumah neraka mereka.
Mereka juga menggunakan taktik halus untuk memerangkap mangsa iaitu dengan menjemput wanita muda menaiki kereta mereka.
Kisah ibu tabah menjaga Aaira, si kecil yang lahir dengan sindrom osteogenesis imperfecta (OI) type III, pasti buat hati kita luluh. Doakan si comel terus kuat dan membesar depan mata ibunya." />