AZURA AZIZ, nama tak asing lagi yang pernah menghiasi dunia hiburan tanah air sekitar era 90-an menerusi lagu-lagu popular seperti Bukan Ku Tak Sayang Lagi dan Demam Cinta.
Namun di sebalik kerjaya seninya yang pernah melonjak, Azura juga dikenali sebagai seorang ibu yang begitu tegas dan berprinsip dalam membesarkan anak-anaknya.
Baginya, mendidik anak bukan sekadar menyediakan makanan atau pakaian, tetapi mencorak masa depan mereka dengan disiplin, nilai agama dan juga kefahaman tentang kehidupan.
Dalam rumah tangga bersama suami, Azura menetapkan satu garis panduan yang jelas yang mana anak-anak tidak akan dimanjakan dengan gajet atau televisyen.
Bahkan, anak sulungnya hanya mula memiliki telefon pintar pada usia 21 tahun dan itu pun selepas tamat zaman persekolahan.
Tegas ibu kepada tiga cahaya mata berkenaan, anak-anak sudah faham bahawa bahawa sebarang pujukan atau rayuan tidak akan mengubah keputusan ibu bapa.
"Ini kerana kami bersatu hati dalam menetapkan sempadan dan disiplin keluarga,” katanya ketika ditemui SinarPlus dalam satu program di Cyberjaya baru-baru ini.
Menariknya, Azura dan keluarganya yang pernah berhijrah ke bumi Mesir selama hampir satu dekad itu menjadikan pengalaman dan perbezaan budaya sebagai satu fasa penting dalam hidupnya.
Kisah ibu tabah menjaga Aaira, si kecil yang lahir dengan sindrom osteogenesis imperfecta (OI) type III, pasti buat hati kita luluh. Doakan si comel terus kuat dan membesar depan mata ibunya." />