Aliff Syukri terima Anugerah Ikon Usahawan 2025. 'Terima kasih doa ibu dan isteri'

Iklan

TAHNIAH diucapkan buat usahawan tersohor, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman yang baharu dinobatkan ssbagai Ikon Usahawan 2025 oleh Majlis Belia Wilayah Persekutuan pada Ahad.

Menzahirkan kesyukuran, pempengaruh berusia 38 tahun itu meluahkan kejayaan itu tidak akan dapat dicapai tanpa doa dan sokongan daripada ibu, Rozita Ibrahim serta isterinya, Datin Seri Shahida Mohd Rashid.

Iklan
Iklan

"Terima kasih doa emak, Bonda Rozita Ibrahim dan isteri sentiasa bersama saya, Shahida.

"Alhamdulillah rezeki. Tak sangka, malam ini saya rasa amat bertuah dapat menerima Anugerah Ikon Usahawan di Majlis Hari Belia Wilayah Persekutuan 2025 yang disampaikan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Iklan

"Terima kasih saya ucapkan di atas penghargaan ini, dan ia semakin membuat saya ingin lebih berusaha untuk lebih berjaya pada masa hadapan," katanya.

Iklan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan ucapan tahniah dan menyifatkan figura yang terkenal dengan gelaran Abang Terlajak Laris itu selayaknya untuk menerima anugerah tersebut.

Sementelah semangatnya tidak pernah luntur, Aliff memang boleh dijadikan contoh orang muda yang berjaya dalam dunia perniagaan.

"Alhamdulillah tahniah. Rezeki ALLAH, teruskan memberikan inspirasi."

"Allhamdulillah, tahniah Datuk Sri dan Datin Sri, usahawan yang gigih. Teruskan berusaha."

"Isteri, anak-anak dan ibu yang kamu muliakan. Dari situlah titik pertama Datuk mencapai kejayaan."

Sekadar info, Aliff yang memulakan perniagaan sejak kecil kini berjaya dalam bidang kosmetik, aksesori wanita dan ekopelancongan.

Beliau adalah pengasas dan orang kuat di sebalik jenama seperti D’Herbs, Sugeh Resort Janda Baik, As Hijab dan Anthons Leather.