Zombi tidur serbu terminal, lapangan terbang tersibuk Sepanyol tak ubah macam set filem seram

Iklan

BAYANGKAN, kalian baru je mendarat di Sepanyol tapi sudah disambut dengan pemandangan ‘zombi’ tidur bergelimpangan.

Itulah realiti yang mengejutkan ramai pelancong yang tiba di Lapangan Terbang Adolfo Suárez Madrid-Barajas yang merupakan lapangan terbang paling sibuk di negara itu.

Iklan
Iklan

Siapa sangka, setiap lorong terminal dipenuhi golongan gelandangan yang menjadikan kawasan tersebut tak ubah seperti ‘rumah’ mereka sendiri.

Boleh dianggarkan hampir 500 penghuni tanpa izin dikatakan menetap dalam bangunan lapangan terbang berkenaan semata-mata mahu elak tidur di jalanan yang sejuk beku.

Iklan

Lapor The US Sun yang memetik El Mundo News, situasi itu pada awalnya bermula dengan sekumpulan gelandangan yang tidur di Level 1 Terminal 4.

Iklan

Namun, lama-kelamaan mereka semakin ramai dan sekarang ini, boleh dikatakan gelandangan sudah ada di setiap penjuru tingkat.

Walaupun pengumuman amaran dibuat tanpa henti dan meminta mereka beredar, namun tiada seorang pun berganjak, bahkan dengan muka tebal tetap kekal di sana.

Situasi tersebut bukan saja menyusahkan pengurusan lapangan terbang, malah mengundang kebimbangan dalam kalangan pengendali pelancongan.

Bukan apa, banyak laporan terutamanya tentang peningkatan penggunaan dadah dan keganasan di kawasan lapangan terbang tersebut.

Paling mereka risau adalah imej kota Madrid tercalar dan pelancong lari!

Ancaman

Bukan setakat melepak di penjuru dan lantai, ada gelandangan tak kira lelaki dan perempuan yang berani tidur di meja restoran serta pintu masuk tandas.

Paling menyedihkan, pekerja pembersihan terpaksa mengemop air kencing merata-rata tempat disebabkan individu mabuk.

Rata-rata pekerja di sana mahu tindakan tegas kerajaan kerana mereka berdepan dengan ancaman senjata tajam, dadah, pelacuran dan kecurian tak kira masa.

Peliknya, mereka yang tidur di lapangan terbang tersebut boleh dikatakan sudah bertahun-tahun berbuat demikian.

Malah, ada yang bekerja di siang hari dan kemudian balik tidur di penjuru terminal macam rumah mereka tanpa perlu bayar bil api serta air.

Boleh jadi, disebabkan kos sara hidup dan sewa yang semakin menggila di Madrid menyebabkan segelintir mereka mula tidur di kawasan awam termasuklah lapangan terbang.

Meski polis ada buat rondaan, namun jumlah gelandangan masih tak berubah.

Boleh dikatakan tak masuk akal, pihak berkuasa di sana hanya mengambil pendekatan mudah saja.

Apa mereka buat? Hanya dengan menempatkan mereka di satu sudut di Terminal 4 dan bukannya menyediakan tempat tinggal atau program pemulihan.

Aduhai, pelik tapi benar. Tak sangka kota Madrid yang gah dengan sektor pelancongan bertaraf dunia itu boleh berdepan isu gelandangan yang tak berkesudahan.

Bagi kalian yang bercadang untuk bercuti di sana, barangkali boleh stanby apa yang patut untuk elak berdepan situasi tak menyenangkan.