TAHNIAH buat influencer, Mamat Got No Chill yang bakal bergelar bapa dan menyambut 'orang baharu' dalam keluarganya.
Mamat atau nama sebenarnya Muhammad Firdaus Mat Nahar berkongsi berita gembira itu isterinya, Siti Nurhana kini sedang hamil cahaya mata sulung mereka.
Menerusi laman sosial TikTok, dengan memuat naik sebuah video yang memaparkan isterinya membuat kejutan dengan meletakkan alat penguji kehamilan di dalam sebuah kotak.


Sebaik sahaja melihat 'hadiah' berkenaan, Mamat sebak dan menitiskan air mata memeluk isterinya seolah-olah tidak percaya dengan rezeki berkenaan.
Menurut Hana, ujian tersebut dilakukan sebanyak empat kali untuk memastikan keputusan itu tepat.
Beralih ke ruangan komen, warga maya turut tersentuh dan menzahirkan ucapan tahniah kepada Mamat dan isteri. Ujar mereka;
"Alhamdulillah. Congrats, maaf saya pun menangis ni. Tahniah Mamat dan wife."
"Trust me, mamat nangis macam tu, maknanya dia betul betul sayangkan wife dia and dia menunggu. Bila sudah dapat itulah air mata bahagianya. Tahniah mamat & isteri.
"Tahniah Mat. Baru tahu kenapa kau jarang nangis."
Sekadar info, Mamat dan Siti Nurhana diijab kabul pada Disember 2023.