SIAPA lagi yang akan memberi sokongan kepada minat anak-anak jika bukan ibu bapa mereka sendiri, bukan?
Demi memenuhi impian anak perempuan mereka, pasangan selebriti merangkap usahawan, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal, telah menghadiahkan peti sejuk chiller selepas puteri mereka menunjukkan minat dalam bidang kulinari.
Keputusan itu dibuat selepas Wawa atau nama sebenarnya, Nur Hawa Zainal Abidin, memuat naik video Hayla Maghfiratul Adzkiyaa membuat kek batik dan ramai pengikutnya meminta kanak-kanak itu menjual hasil air tangannya.
"Gembira anak ayah dapat chiller. Dia memang minat bakeri.
"Sebagai ayah, akan buat apa sahaja untuk sokong minat anak.
"Ayah doakan Hayla menjadi baker yang berjaya suatu hari nanti,” tulisnya di ruangan kapsyen di Instagram.
Sokong minat anak, Aeril Zafrel & Wawa Zainal hadiahkan chiller untuk bisnes kek batik Hayla
Iklan