AKTOR Fattah Amin sentiasa perhatian para peminat. Tidak hanya beliau, ahli keluarganya juga menerima tempias populariti dan sorotan.
Jika sebelum ini Fattah pernah mengadakan siaran langsung bersama ibu dan adik-adik perempuannya, dalam video promosi Ibu Azizah, Fattah selaku pengarah seni menampilkan empat beranak itu sebagai sebahagian rangka promosi.
"Mencabar juga nak direct family sendiri rupanya. Dah cuba jadi garang tapi itulah ibu back up sangat adik-adik Abang Long ini," titip Fattah.


Pada penghujung video berdurasi 39 saat itu, ibu Fattah, Azizah Abdul Ghani dan adik, Siti Norrraihan Mohd Amin, Norfarhana dan Norfazira.
Lebih manis lagi, masing-masing cuba mencipta semula pose foto artis Korea Selatan.
Menggayakan tudung bawal bidang 50 inci, Azizah dikelilingi adik-adik Fattah yang mana salah seorang daripadanya memakai purdah.
Warganet mengakui sejuk hati melihat anak-beranak itu dan memuji manis mereka menggayakan pakaian sopan mematuhi syarak. Ujar mereka;
"Indahnya family apabila agama diutamakan."
"Sweetnya adik- adik Fattah. Comelnya versi sopan."
"Semuanya menutup aurat. Alhamdulillah."
"Masya-ALLAH cantiknya adik-adik Along. Sejuk mata memandang."
Sekadar info, Fattah memiliki lima orang adik beradik yang terdiri daripada dua lelaki dan tiga perempuan.