KES wanita disimbah asid di Bachok, Kelantan cukup menyayat hati. Siapapun tidak dapat menjangka permintaan pelik 'pelanggan' untuk mendapatkan urutan selama tiga jam dengan bayaran RM200 adalah perangkap yang membawa kepada kejadian hitam kepada pengusaha spa, Nor Faziera Muda, 27, pada malam 17 Mei lalu.
Lapor portal media tempatan, susulan simbahan, Faziera mengalami kesan lecur lebih 80 peratus terutamanya di bahagian belakang badan, tangan hingga ke siku!
"Setakat ini dia stabil cuma mengalami trauma teruk terutama apabila ditanya berhubung kejadian dia akan meronta-ronta dan menangis.
"Setakat dimaklumkan asid yang digunakan untuk menyimbah mangsa adalah asid pekat yang tiada campuran, jadi kesannya kuat," kata sumber berkenaan.
Nor Faziera yang terpaksa menjalani pembedahan pertama selama enam jam difahamkan perlu menjalani pembedahan ketiga selepas memaklumkan masih terdapat sisa asid pada badannya.
Tidak sekadar itu, ibu kepada tiga cahaya mata itu juga mungkin perlu menjalani pembedahan plastik dan dirawat di hospital sehingga dua bulan.
Kronologi wanita disimbah asid perlu dibedah 4 kali, trauma teruk & menangis. Motif mungkin dendam, hutang
Iklan