'Jangan aniaya, saya ada keluarga untuk ditanggung.' Status kes NFA, Faisal Halim serah kepada polis, teruja kembali beraksi
SETAHUN berlalu, insiden jenayah jenayah yang menimpa tonggak pasukan Selangor FC, Faisal Halim terus meruntun hati. Manakan tidak, kecederaan akibat khianat disimbah asid sulfurik pekat cukup tragis hingga mengakibatkan kelecuran tahap empat!
Baru-baru ini, Faisal Halim atau lebih mesra disapa Mickey meengakui sukar melupakan peristiwa hitam itu.
Ditanya mengenai keputusan Jabatan Peguam Negara yang mengklasifikasi kes serangan simbah asid ke atasnya pada 5 Mei tahun lalu sebagai tiada tindakan lanjut (NFA), enggan menoleh ke belakang lagi.

“Benda pun dah lepas saya berharap sangat berilah saya kembali dalam bola sepak, dalam kancah bola sepak.
“Kalau ada ada yang tak kena dengan saya beritahu dengan saya, jangan aniaya sayalah. Saya tak ada salah silap dengan siapa-siapa.
“Saya rasalah kalau kita ada buat salah silap apa-apa semua kita beritahu lah kan daripada buat saya macam ni. Saya ada keluarga untuk ditanggung.
"Ini karier yang saya kejar dari kecil. Bagaimana susahnya saya. Saya menjadi pemain bola sepak ini bukan untuk mengejar kesenangan tetapi mengejar kejayaan. Menjadi pemain terbaik.
"Saya terima dengan hati yang terbuka dan reda. Ini masanya untuk saya kembali kepada bola sepak,” katanya dalam sebak.
Artikel berkaitan:
- 'Sanggup lepas gaji puluh ribu asal selamat.' Anak sumber kekuatan, air mata & foto pemulihan Faisal Halim undang sebak warganet
- Minat bola sepak kerana bapa, Faisal Halim pernah lalui kepayahan peringkat awal. 'Ayah tidak cukup duit beli kasut bola....'
- Kesan asid sulfurik pekat, melecur tahap 4 boleh rosakkan organ dalaman, doktor perjelas kemungkinan dihadapi Faisal Halim
#faisalhalim #asid #sinarplus #standwithfaisalhalim #lifestylesinarharian" />
Pemain berbakat kelahiran Mengkuang Titi, Seberang Perai, Pulau Pinang itu berazam ingin menumpukan kepada kerjaya dan tidak mahu mengenang kisah lalu.
“Saya hanya mahu fokus kerjaya saya dan tak nak fikir lagi pasal kes ke... pasal NFA ke.
"Itu terpulang. Semua tanggungjawab pihak atasan dan polis.
“Daripada pihak saya, saya pun tak tahu saya tak pasti sama ada saya boleh terima dengan keadaan sekarang,” katanya.

Bintang bertubuh kecil yang pernah menjadi pemain Pahang FC, Terengganu FC seterusnya Selangor FC pada itu mengakui mengalami kesukaran untuk mengekalkan momentum dahulu.
Dalam nada sebak, Faisal berkata perjuangannya dalam sukan itu akan diteruskan.
"Apa yang boleh saya katakan agak sukar sebenarnya untuk menjadi seorang pemain yang sedang 'fit' tiba-tiba terkedu apabila untuk mencari semula rentak dan memulakan dari awal.
"Ibarat baharu lahir, saya ketinggalan hampir setahun. Walaupun orang nampak saya boleh bermain tetapi struggle itu saya sahaja yang tahu.
"Betapa payah dan kerasnya untuk saya kembali kepada prestasi asal. Tetapi saya percaya dengan usaha dan keikhlasan, insya-ALLAH perjuangan ini akan diteruskan selagi mampu," ujarnya.
Artikel berkaitan:
- 'Apa salah saya?’ Melecur tahap 4, pergerakan & percakapan terhad, lengan kiri tidak boleh rasa, keadaan terkini Faisal Halim undang sebak
- Sebaknya! Sempat sujud syukur, Faisal Halim tampil bertopeng kembali ke padang
Tersenarai dalam skuad Harimau Malaya menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2027 bertemu Nepal, peluang untuk menyarungkan jersi kebangsaan adalah 'comeback' yang diimpikan Faisal.

"Kejayaan seorang pemain bola sepak ialah bermain untuk pasukan kebangsaan. Apa yang boleh saya katakan ia adalah peluang saya bangkit untuk menjadi Faisal Halim atau Mickey sebelum ini. Saya ingin kembalikan aura itu dan perlukan masa.
"Harap musim baharu saya bermula dengan kosong dengan team dan akan ada perubahan, insya-ALLAH," kongsinya.
Sekadar info, arena bola sepak tempatan pada Mei 2024 dikejutkan dengan insiden menimpa Faisal yang cedera dipercayai disimbah asid dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah dan dilaporkan mengalami kelecuran tahap dua di sebuah pusat beli belah di Kota Damansara.
Media melaporkan bapa kepada seorang cahaya mata itu mengalami kecederaan teruk pada muka, pipi, hidung, mulut, badan hingga pergerakan dan percakapannya terbatas.
Lebih menyedihkan, beliau tidak dapat ‘merasa’ lengan kirinya kesan daripada curahan asid berkenaan.
Tonggak Harimau Malaya itu juga menjalani beberapa siri pembedahan dan menerima proses rawatan skin allograft diimport dari Belgium bernilai RM30,000 sebagai prosedur untuk membantu serta mempercepat pemulihan kulit.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
