SELEPAS hampir dua bulan selamat melahirkan cahaya mata keduanya, pelakon dan pengacara Borak Bibir Merah SinarPlus, Ain Edruce berkongsi wajah lelaki itu yang diberi nama Shaziman.
Memuat naik foto si kecil itu berbalut pakaian serba putih, wajahnya sangat mirip dengan anak pertama Ain, Soraya.
"Hello semua. Nama saya Shaziman. Saya ahli terbaru dalam kelyarga ini.


Warga maya memuji kecomelan Iman dan mendoakan si kecil itu membesar dengan sihat.
"Assalamualaikum Iman."
"Assalamualaikum Iman. Masya-ALLAH comelnya awak."
"Assalamualaikum Iman, cantiknya nama dia."
"Moga menjadi anak yang beriman, bertajwa dan beramal soleh."
Artikel berkaitan:
- 'Betul-betul bawa tuah, buat duit dengan karakter...' Amirul dedah ibu sukakan Ain Edruce, tetap pelihara maruah keluarga dalam berkarya
- 'Awal tahun aku sedih sebab gugur...,'Ain Edruce umum hamil anak kedua
Imbas kembali, Iman dilahirkan seberat 3.1 kilogram pada 30 Mac lalu secara pembedahan kira-kira jam 10 malam di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya.
Baru-baru ini si kecil itu dijangkiti Respiratory Syncytial Virus atau RSV ketika belum mencecah sebulan hingga perlu ditahan di wad.
Sekadar info, Ain diijabkabulkan bersama pasangannya yang juga ahli perniagaan, Amirul Hafiz Mustaffa pada 13 Disember 2019.
Mereka dikurniakan anak sulung bernama Soraya yang kini berusia empat tahun.