Pilih pramugari sebagai peneman hidup, ini sebab Mas Khan menangis dua kali sewaktu nikah

Iklan

TARIKH 25 Mei 2025 pastinya menjadi kenangan terindah buat beberapa pasangan selebriti tanah air yang memilih untuk memeterai cinta pada detik keramat itu.

Iklan
Iklan

Tidak terkecuali, pelakon kacak Mas Khan akhirnya sah bergelar suami kepada gadis pilihannya, Anatasha Atiqah Diana Abdul Aziz dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis penuh makna yang berlangsung di satu lokasi di Gombak pada Ahad lalu.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Mas Khan atau nama sebenarnya Mas Hidzhir Khan Mas Fadzillah dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Abdul Aziz Abd. Mutalib dengan mas kahwin berjumlah RM1,467.

Iklan

Majlis penuh bermakna itu turut menyaksikan pemberian wang hantaran sebanyak RM20,000 daripada pelakon kelahiran Melaka tersebut, sebagai simbol tanggungjawab dan kesungguhan beliau dalam menggalas peranan sebagai seorang suami.

Menambah seri majlis, pelakon drama bersiri kepolisan popular, Gerak Khas, turut menghadiahkan seutas gelang emas buat suri hatinya.

Iklan

Menurut laporan media tempatan, Mas Khan mengakui dirinya berasa sebak apabila melihat bidadari hatinya melangkah masuk ke dalam dewan.

Namun, air matanya tetap mengalir sewaktu melafazkan akad nikah.

"Dua kali air mata jantan saya gugur. Pertama apabila melihat isteri berjalan masuk ke dalam dewan.

"Air mata saya kemudiannya mengalir lagi selepas bergelar suami," kongsinya.

Pada sebelah pagi, Mas Khan dan Anatasha tampil pesona dengan mengenakan busana pengantin rona merah jambu.

Manakala, pada majlis resepsi pasangan sama cantik sama padan itu mengenakan busana songket berwarna kelabu.

Untuk rekod, Mas Khan telah menyunting cinta hatinya pada 13 Julai 2024 yang lalu.