Beauty with brains! Arshela Abdullah, graduan TESL, rangkul gelaran Miss Icon International 2025. Harumkan nama Malaysia di pentas dunia

Iklan

BEAUTY with brains! Tahniah diucapkan buat jelitawan, Arshela Abdullah, yang kini rasmi dinobatkan sebagai Miss Icon International 2025 sekali gus mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia.

Wanita berdarah campuran Iban-Bugis yang berasal dari Bintulu, Sarawak diumumkan sebagai juara ratu cantik berprestij itu di Phnom Penh, Kemboja.

Iklan
Iklan

Bukan calang-calang, graduan Ijazah Sarjana Muda dalam Pengajaran Bahasa Inggeris (TESL) Management & Science University MSU) itu terdahulu berjaya menewaskan para peserta dari sembilan negara lain untuk merebut gelaran utama.

Kemenangan anak kelahiran Bintulu yang kini menetap di Kuching tersebut bukan sahaja dinilai dari segi fizikal semata-mata, malah turut menekankan aspek intelek dan impak sosial.

Iklan

Arshela menyifatkan kemenangan berkenaan bukan sahaja menjadi kebanggaan buat dirinya, tetapi turut menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia, khususnya komuniti Dayak dan Bugis di Sarawak.

Malah wanita berusia 25 tahun itu menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada keluarganya, penyokong serta pihak pengurusan yang sentiasa memberikan sokongan moral dan dorongan sepanjang perjalanan beliau dalam dunia ratu cantik.

Iklan

"Saya mempersembahkan kemenangan ini kepada Malaysia, khususnya komuniti saya di Sarawak.

"Ini bukti bahawa kecantikan dan keperibadian wanita Malaysia mampu bersaing di pentas antarabangsa,” katanya dipetik Utusan Sarawak.

Selain Malaysia, lapan buah negara yang turut mengambil bahagian ialah Botswana, Laos, India, Afrika Selatan, Indonesia, Thailand, Uganda dan Cambodia.

Arshela memegang Ijazah Sarjana Muda dalam Pengajaran Bahasa Inggeris (TESL)

Arshela yang berketinggian 168 sentimeter itu terdahulu melakar nama dalam dunia ratu cantik sejak 2019 dengan gelaran Miss Petite Sarawak 2019, Miss Petite Global Borneo 2022, tempat kedua Miss Global ASEAN 2025 (mewakili Borneo).

Beliau juga Top 21 Miss Supranational 2021 dan pemenang Anugerah Bakat Terbaik di Miss Global ASEAN 2025 dengan persembahan lagu My Heart Will Go On

Sumber: Utusan Sarawak, Suara Sarawak