Hati Ben Amir sudah dimiliki, dilamun cinta dengan gadis Filipina. 'Dia bukan punca saya pindah'

Iklan

BIARPUN kini menjadi 'orang pulau', aktor Ben Amir tetap menjadi sorotan peminat. Kini menetap di Pulau Siargao, Filipina, pemilik nama Muhammad Amir Sabaruddin mengakui hatinya telah dimiliki seorang wanita.

Memetik portal hiburan tempatan, pelakon berusia 35 tahun itu mengakui sedang dalam fasa mengenali hati dan budi seseorang.

Iklan
Iklan

"Saya dengan dia sudah berkenalan selama dua tahun dan masih dalam fasa mengenali hati budi.

"Wanita itu bukanlah berasal dari Malaysia tetapi Filipina.

Iklan

"Saya kenal dia sejak saya menetap di sana,” kongsinya.

Finalis Hero Remaja 2011/2012 itu bagaimanapun menepis dakwaan penghijrahannya ke Filipina disebabkan cinta, sebaliknya merupakan perancangan peribadi yang sudah lama dirancang.

Iklan

"Dia bukanlah punca saya berpindah ke Filipina.

"Berpindah ke Filipina itu memang sudah lama saya plan. Ini bukan kerana seseorang, tetapi lebih kepada usaha untuk membuka buku baharu dalam hidup saya.

"Sebagai seorang anak lelaki, sudah menjadi tanggungjawab saya untuk sentiasa upgrade diri dari segi kerjaya, mental dan pelbagai aspek lain,” ujarnya lagi,” jelas Ben.

Buka restoran halal

Pemilik Diploma Pengajian Perniagaan, Universiti Teknologi MARA turut menjelaskan keputusan berpindah ke Filipina bukanlah sesuatu yang mudah.

Menurut Ben, ia adalah fasa ‘reset’ dalam hidup dan satu cabaran baru dalam memikul tanggungjawab besar demi kemajuan diri serta perkembangan peribadi.

"Saya rasa duduk di Filipina merupakan satu perkara yang sangat susah tetapi saya tetap cuba.

"Di sana, saya cuba untuk membuka sebuah restoran halal. Benda inilah yang saya rasa senang untuk dilakukan buat masa kini,” katanya.

Terdahulu, pelakon Playboy Itu Suami Aku, Suri Hati Mr Pilot, Cinta Tiada Ganti dan Sweet Dreams itu menjelaskan perpindahannya ke Filipina untuk membuka 'buku baharu' di samping mahu berehat

Bagaimanapun, beliau tetap akan pulang ke Malaysia jika menerima tawaran berlakon filem. Selain itu, Ben turut membina kediamannya di sana.

Ben turut berkongsi perkembangan kehidupan menerusi saluran YouTube miliknya.

Sumber: Remaja