RM90 bilion aset beku belum dituntut! BBM X SEDANIA bongkar pentingnya hibah dalam rancang masa depan

Iklan

BERGEGAR pentas Auditorium Karangkraf dengan tepukan gemuruh lebih 150 penonton yang sporting memeriahkan Borak Bibir Merah (BBM) Eksklusif Bersama Erra Fazira anjuran SinarPlus.

Istimewanya episod kali ini mengetengahkan topik hangat yang dibawa khas oleh SEDANIA As Salam Capital dengan tajuk Hibah: Wariskan Kasih, Bukan Beban.

Iklan
Iklan

Bual bicara kegemaran ramai itu menampilkan tiga wanita hebat iaitu Ketua Pegawai Eksekutif SEDANIA As Salam Capital, Khairul Nisa Ismail; Ketua Pegawai Eksekutif Hong Leong Islamic Bank (HLISB), Dafinah Ahmed Hilmi dan dramatis versatil, Fauziah Ahmad Daud.

Iklan

Jika merujuk statistik yang dikongsikan media tempatan, satu pendedahan mengejutkan apabila aset beku di Malaysia mencecah RM90 bilion, yang mana 90 peratus daripadanya melibatkan aset kaum Melayu yang masih belum dituntut.

Mengulas lanjut, Khairul Nisa berkata, pihaknya melahirkan kebimbangan selepas melihat jumlah aset beku yang begitu tinggi dan belum dituntut, lalu timbul persoalan tentang nasib keluarga waris.

Iklan

"Tidak dinafikan, banyak isu timbul apabila harta sepencarian dituntut secara tidak adil oleh ahli keluarga si mati sehingga menyebabkan nasib waris yang ditinggalkan tersisih,” jelas beliau.

Ujarnya lagi, hibah cukup berbeza dengan wasiat kerana hibah merupakan hadiah atau pemberian yang dilakukan oleh pemilik harta ketika hidup kepada keluarga terdekat seperti anak atau isteri atas dasar kasih dan sayang.

"Maka, kebajikan waris khususnya anak perempuan dan isteri lebih terbela kerana ada bahagian harta yang telah diperuntukkan melalui instrumen hibah tersebut untuk mereka,” katanya.

Justeru, Khairul Nisa menyarankan para wanita untuk merancang masa hadapan sendiri dan keluarga dengan lebih bijak bersama JOMHIBAH, iaitu inovasi platform digital pertama di Malaysia yang direka khas bagi memudahkan pelaksaaan instrumen pengurusan pusaka Islam.

"Pada masa sama, Hong Leong Islamic Bank membantu dari segi memperluas akses pembiayaan hibah melalui Pembiayaan Peribadi-i HLISB yang patuh syariah,” terangnya.

Akses digital kewangan Islamik

Sementara itu, Dafinah turut mendedahkan, hasil tinjauan yang dilakukan terhadap pengurusan kewangan Islam menunjukkan 77 peratus responden masih tiada dokumentasi atau niat perancangan kewangan.

"Kesedaran tentang simpanan masa depan dan perancangan pengurusan harta pusaka sangat penting kerana kita tahu proses tersebut sangatlah kompleks jika tidak dirancang dengan baik,” pesannya.

Biasanya bintang masuk bila lampu dah ready tapi kali ni penonton dulu yang bersinar!

Menjelaskan lebih lanjut tentang perubahan yang dilaksanakan HLISB selari dengan kehendak masyarakat, Dafinah memberitahu bahawa perkhidmatan institusi pelaburan digital berteraskan kewangan Islamik kini lebih meluas.

Secara peribadi, Dafinah menyatakan bahawa sama ada hibah atau wasiat, kedua-duanya mempunyai ciri-ciri tersendiri untuk menjamin keperluan pemilik dan hak waris masing-masing.

Wasiat pun boleh buat gaduh

Bagi Fauziah yang mesra disapa Kak Ogy, beliau secara peribadi tidak terkecuali memikirkan masa depan anaknya yang kini berusia 17 tahun dan bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat A-Level.

"Saya sudah dengar tentang hibah ini sejak lama dahulu, cuma kita sudah diterapkan dengan kaedah pengagihan wasiat selepas mati berlandaskan hukum faraid,” katanya.

Namun setelah mendengar penjelasan terperinci tentang hibah menerusi BBM X SEDANIA, pemilik Ogy Ventures & Network itu mengakui dapat memahami kepentingan hibah dengan lebih jelas.

"Secara terus terang, hibah merupakan senario yang baharu buat saya. Jika difikirkan semula, saya lebih cenderung kepada hibah kerana pengagihan harta 100 peratus daripada pemilik kepada penerima.

"Kita semua tahu, dengan wasiat pun boleh buat ahli keluarga bergaduh. Buat pening saja! Jadi saya fikir hibah ini boleh dipraktikkan dalam kalangan adik-beradik kerana tidak bercanggah dengan hukum syariah,” katanya.

Menjawab stigma bahawa hibah hanya untuk orang kaya yang berharta, Kak Ogy tidak bersetuju kerana baginya semua orang layak menerima hibah tidak kira apa bentuk warisan sekali pun.

"Justeru, sebagai ibu bapa, kita perlu bantu untuk menyenangkan hidup anak di kemudian hari,” katanya selepas menjawab soalan cepu emas yang diutarakan Erra Fazira sempena program dua jam tersebut.

Suasana semakin gamat apabila penonton turut menanyakan soalan berkaitan hibah sekali gus memperoleh ilmu baharu sebagai jaminan perlindungan masa depan wanita.

Menariknya, BBM X SEDANIA kali ini dirancakkan dengan tajaan makanan dan hadiah daripada Chiq Chopz Chicken Chop, Marrybrown, Belantara Resort, Wardah, iOli Communications, La Leader Worldwide, Offspring serta Tanamera.