Empat tahun tinggal bersama mentua, Aida Jebat tak pernah masak. 'Takut dapur rosak...'

Iklan

Ayda Jebat dedah pengalaman tinggal bersama mentua selama empat tahun sejak berkahwin.

SELEPAS empat tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi dan pelakon Ayda Jebat bersama suaminya akhirnya bersedia untuk berpindah ke rumah baharu mereka yang sudah siap diubah suai.

Menurut Ayda, dia tidak pernah berasa terbeban tinggal bersama keluarga mentua sejak awal perkahwinan, malah menerima cadangan suaminya untuk tinggal di rumah ibu mentua dengan hati yang terbuka.

"Selalunya kalau dah kahwin, terus pindah, kan? Saya mahu ada kehidupan bersama suami macam itu. Tapi saya memang rela hati bila Nabil cakap, ‘Boleh ke kita kahwin, kita duduk rumah mama dulu?," katanya menerusi satu temu bual di TikTok.

Tambah isteri kepada pelakon Nabil Mahir itu, dirinya sudah terbiasa hidup berdikari sejak tamat persekolahan lagi. Jadi, walaupun tinggal di rumah mentua, Ayda tidak berasa kekok.

"Saya tak kisah sebab habis saja sekolah saya memang duduk sendiri. Pergi KL, duduk sendiri. Ibu saya dekat Melaka.

"Saya berdikari dan sendiri saja. Sebab itu saya tak kisah. Bila dah duduk dengan keluarga dia, kita dah dalam zon selesa,” ujarnya.

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


Ayda turut berkongsi pengalaman lucu apabila ibu mentuanya tidak membenarkan dia masuk ke dapur untuk memasak.

"Ada juga rasa nak masak makanan kegemaran Nabil. Tapi dekat rumah mentua saya, ibu mentua tak kasi saya masuk dapur. Kalau saya masuk, dia tanya, ‘Buat apa dekat sini?’

"Saya nak masak telur pun, dia suruh kakak (pembantu) masakkan. Mak saya pun sama, tak bagi saya masuk dapur. Diorang takut dapur mereka rosak.

"Tapi nanti dekat rumah sendiri, saya tak tahu apa jadi. Tapi Nabil dah cakap jangan masak, sebab takut dia tak makan nanti,” selorohnya.

Ayda turut mendedahkan bahawa rumah baharunya kini sudah siap sepenuhnya dan beliau bakal berpindah dalam masa terdekat.

Kredit TikTok