Jangkitan kuman pada paru-paru, Sheqal ditidurkan. Tahap oksigen menurun

Iklan
Foto: Ihsan Facebook Sheqal & Fadzli Kamal

PENYANYI era 90-an, Sheqal kini ditidurkan susulan jangkitan kuman pada paru-paru sejak Khamis.

Sheqal atau nama penuhnya Shahrin Salehuddin, 60, yang sedang mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan sejak Khamis.

Iklan
Iklan

Lapor Sinar Harian yang memetik Astro Awani, isteri Sheqal, Normah Mohd Yusoff, 58, berkata, penyanyi lagu Zapin Rindu-rinduan, Cinta Nusantara dan Ratib Orang Lautan itu dikejarkan ke hospital selepas tahap oksigen dalam badan menurun sehingga 62 peratus.

Susulan paras oksigen terlalu rendah, doktor membuat keputusan untuk menidurkannya bagi membolehkan rawatan lanjut dijalankan.

Iklan

"Suami saya dimasukkan ke hospital pada petang Khamis.

"Saya hubungi ambulans dan bila diperiksa, oksigennya menurun dan disebabkan itu dia dibawa terus ke hospital.

Iklan

"Pernafasannya tak stabil dan doktor nasihatkan dia ditidurkan kerana ada jangkitan kuman di paru-paru dan juga paru-paru berair,” katanya.

Pun begitu pada itu, Normah memaklumkan bahawa keadaan terkini Sheqal sudah bertambah baik namun penyanyi berkenaan masih belum sedarkan diri.

Keadaan Sheqal yang merupakan anak kelahiran Raub, Pahang pada Mac lalu. )Foto: Ihsan Facebook Fadzli Kamal)

"Air sudah dibuang dan kemudian doktor nak pantau penyakit lain kerana kemungkinan ada lain yang perlu diperiksa.

"Malam tadi saya difahamkan doktor sudah buat imbasan tomografi berkomputer (CT scan).

"Setakat pagi ini (Sabtu) masih lagi ditidurkan.

"Doktor pun tidak pasti bila nak disedarkan. Tapi Alhamdulillah semalam oksigen sudah naik dan dia masih dalam pemantauan,” ujarnya.

Untuk rekod, Sheqal pernah diserang angin ahmar atau strok sebanyak empat kali sejak 2020 dan turut menghidap penyakit buah pinggang tahap empat.

Sheqal terdahulu pernah berkahwin dengan aktres Raja Ema pada 1993 namun bercerai pada tahun 1999.

Hasil perkongsian hidup dengan penyanyi popular dengan lagu Jejaka Idaman itu, Sheqal dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Putera Amar dan Putera Al Kashah.

Sumber: Sinar Harian, Astro Awani