Tiga beradik ditemui tak bernyawa selepas dibawa keluar si ayah, motif pembunuhan masih jadi tanda tanya

Iklan

LAWATAN singkat untuk hak penjagaan si ayah berubah menjadi mimpi ngeri apabila tiga beradik dilaporkan hilang di Washington, Amerika Syarikat.

Lapor The US Sun, tiga kanak-kanak perempuan tersebut keluar bersama ayahnya, Travis Decker untuk tempoh yang ditetapkan seperti mana yang termaktub dalam perjanjian.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, Paityn, 9, Evelyn, 8, dan Olivia, 5, dikatakan tidak dibawa pulang ke rumah pada malam yang dijanjikan sehingga menyebabkan ibu mangsa membuat laporan polis.

Apa yang mengejutkan, tiada AMBER Alert dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung kehilangan kanak-kanak perempuan berkenaan.

Iklan

Menurut penjelasan pihak berkuasa, pihaknya pada awal menganggap ia hanya isu penjagaan anak semata-mata dan bukannya kes penculikan yang mendesak.

Iklan

Bagaimanapun, pihak polis hanya mengeluarkan amaran kehilangan orang berisiko selepas Decker yang merupakan seorang penganggur dilihat meninggalkan bandar bersama anak-anaknya.

Namun, tindakan itu disifatkan terlalu lambat!

Mana tidaknya, tiga beradik malang tersebut ditemui tidak bernyawa di kawasan perkhemahan Rock Island, kira-kira sejam dari kediaman mereka di Wenatchee.

Lebih tepat, jasad Paityn, Evelyn dan Olivia ditemui di dalam trak yang menjadi tempat ayahnya lepak.

Hasil pemeriksaan lanjut, mangsa dikatakan sesak nafas. Barangkali kepala mereka ditekup dengan plastik manakala tangannya diikat jika melihat bukti di lokasi kejadian.

Suspek berusia 32 tahun itu kini diburu pihak polis atas tuduhan menculik dan membunuh ketiga-tiga anak perempuannya.

Rata-rata netizen yang mengikuti kisah kehilangan itu berang apabila sistem gagal melindungi anak tidak berdosa hingga hilang nyawa sekelip mata.

"Anak-anak ini mati sebab sistem gagal lindungi mereka. Tak ada amaran, tak ada tindakan pantas,” tulis seorang pengguna Facebook.

"Amber Alert patut dikeluarkan sejak hari pertama dia gagal pulangkan anak-anak, bukan tunggu sampai jadi berita nasional,” kata seorang lagi netizen.

Masalah mental

Memetik kenyataan ibu mangsa, Whitney Decker, bekas suaminya itu memang pernah mengalami masalah mental selepas meninggalkan perkhidmatan tentera.

Namun katanya, tiada sebarang insiden membimbangkan sebelum ini.

"Travis memang ada bergelut dengan kesihatan mental tapi saya tak pernah rasa dia berbahaya. Dia sayangkan anak-anak,” katanya sebelum mayat anak-anaknya ditemui.

Hasil siasatan polis, Decker hidup gelandangan sama ada di tapak perkhemahan, hotel bajet atau dalam trak tanpa ada pekerjaan tetap.

Sehingga kini, motif pembunuhan masih menjadi tanda tanya dan pihak berkuasa memberi amaran kepada orang awam supaya tidak mendekati suspek yang kini menjadi buruan polis.

Decker difahamkan merupakan bekas anggota tentera yang memiliki latihan ketenteeaan intensif dan dianggap bahaya selain berkemungkinan bersenjata.

Aduhai sedihnya! Si anak hanya nak jumpa ayahnya lepaskan rindu selepas lama tak bertemu tapi lain pula jadinya.

Moga suspek dapat ditangkap bagi menyelesaikan kes pembunuhan tersebut sekali gus membela kematian tiga anak kecil tak berdosa.