SaBAH - Jum Buffet! Terokai Rasa Asli Borneo, kena cuba sekali seumur hidup & rebut tawaran special sempena Hari Bapa

Iklan

CRAVING makanan rare dari Sabah? Tak payah pun nak tempah tiket terbang merentas Laut China Selatan kerana kalian dah boleh nikmati juadah unik dari Borneo tengah-tengah bandar Kuala Lumpur je!

Lagi syok, bufet khas Discover the Flavours of Sabah yang ditawarkan oleh Le Méridien Kuala Lumpur memang padu untuk ubat rindu pada masakan asli dari Negeri Bawah Bayu.

Iklan
Iklan

Antara menu signatur yang confirm buat perut berkeroncong seperti Ayam Kodop Bambangan, Pinasakan Ambuyat, Daging Masak Lengkuas Tuhau, Ayam Bakar Madu Penampang dan linopot.

Iklan

Semua menu istimewa tersebut adalah hasil air tangan Senior Sous Chef, Daniel Anselmus yang dibawa khas dari Le Méridien Kota Kinabalu, Sabah.

Boleh dikatakan Cef Daniel bukan saja mahir dengan teknik masakan warisan Sabah, malah beliau begitu passion bila perkenalkan setiap sajian kepada SinarPlus.

Iklan

Menurut beliau, semua hidangan sempena SaBAH - Jum Buffet! Terokai Rasa Asli Borneo itu menjanjikan pengalaman rasa asli Sabah terus ke tengah bandar.

“Apa yang membuatkan rasa lagi sedap, isi dan biji buah bambangan itu diparut, kemudian digaul dengan cili padi, garam, gula sebelum diperap selama tiga hari. Jadi, jeruk yang sudah sempurna direneh bersama ayam dan kodop,” katanya.

Selain itu, anak jati Sabah itu juga mempelawa orang ramai untuk mencuba linopot yang merupakan rasa autentik nasi tradisi yang dibungkus dengan daun pisang.

Uniknya, nasi itu diperbuat daripada beras liar kukus (naig tidong) yang enak dimakan bersama lauk iringan seperti tuhau, lousun (bawang hutan), bambangan dan Ayam Kodop Bambangan.

“Pinasakan Ambuyat wajib dicuba kerana ia makanan ruji Kadazan-Dusun yang dimakan bersama ikan yang dimasak dengan buah hutan (takob-akob). Rasa masin digabungkan dengan kanji sagu memang ngam,” ujarnya.

Kata Cef Daniel, hampir kesemua menu yang dibawakan berkenaan sarat dengan elemen semula jadi, kenangan kampung halaman dan resepi warisan yang masih kekal hingga kini.

Artikel penuh: https://sinarplus.sinarharian.com.my/lifestyle/kisah-masyarakat/surah-yasin-al-mulk-tak-pernah-tinggal-jenazah-pelajar-upsi-muhammad-adib-seperti-tidur-sempat-titip-kata-akhir-buat-ibu

#sinarplus #upsi #kemalangan #balikraya #gerik #lifestylesinarharian

Muzik: Cody Martin Half empty Instrumental (SoundStripe)" />

Teknik tradisi seperti perapan, jeruk dan slow cooking itu memang menjadi antara tunjang utama untuk menjadikan masakan tampil dengan aura tersendiri. Bahkan setiap suapan, rasa macam balik Sabah!

Bahan-bahan pun bukan sebarang ya kerana cef muda itu menggunakan ikan sungai segar, sayur hutan, herba liar dan buah tempatan semuanya digabungkan jadi sajian harmoni penuh rasa.

Jangan risau, selain menu Sabah, bufet itu juga turut tawarkan hidangan antarabangsa, India dan lauk tempatan yang berbeza setiap hari. Memang takkan bosan!

Kalian juga boleh tempah tempat duduk bermula 6 hingga 15 Jun ini untuk menikmati sajian warisan tanah Borneo di restoran Latest Recipe.

Istimewa sempena sambutan Hari Bapa, rasai pengalaman makan malam yang lain daripada biasa dengan tawaran harga special pada 14 Jun nanti.

Nak lagi best? Nikmati diskaun hingga 40 peratus dengan kad kredit terpilih dan 35 peratus diskaun eksklusif untuk ahli Club Marriott (untuk harga dewasa biasa sahaja).