Wanita 'terlepas ajal' nahas Air India AI 171 gara-gara 10 minit tersangkut dalam trafik. 'Saya menggigil, lutut longlai'

Iklan
Foto: AFP

BERPANTANG maut sebelum ajal! Peribahasa itu tepat menceritakan tentang wanita ini yang terlepas nahas ngeri penerbangan Air India AI 171 yang terhempas.

Apa yang disangka sebagai kelewatan adalah rahmat yang tidak ternilai. Rupanya ia adalah penyelamat wanita bernama Bhoomi Chauhan itu menaiki pesawat berkenaan.

Iklan
Iklan

“Saya baru hendak melangkah keluar dari lapangan terbang apabila mendengar berita tentang nahas itu.

"Saya terus menggigil manakala lutut longlai. Saya rasa kaku, tak mampu berkata apa-apa,” kata Bhoomi, masih dalam keadaan trauma.

Iklan

Beliau kembali ke India selepas dua tahun, bercuti dan bertemu keluarga. Tetapi pada hari malang itu, dia tiba di lapangan terbang hanya 10 minit lewat kerana kesesakan jalan raya.

Iklan

“Penerbangan dijadualkan berlepas pada jam 1.10 tengah hari. Proses menaiki pesawat selesai pada jam 12.10.

"Saya sampai pada 12.20 dan berlari ke pintu masuk. Saya merayu untuk dibenarkan menaiki pesawat. Saya kata akan cepat-cepat selesaikan semua prosedur… tapi mereka tak benarkan,” luahnya dengan nada sebak.

“Saya pada mulanya sangat kecewa, tetapi sebaik keluar dari balai berlepas dan dapat tahu pesawat itu telah terhempas. Saya tidak dapat menahan air mata. Tuhan telah menyelamatkan saya,” kongsinya.

Dalam pada itu, ibunya juga menzahirkan kesyukuran Bhoomi terselamat.

"Anak tinggalkan cucu dengan saya di rumah. Dia sepatutnya pergi sendirian dan Tuhan selamatkan dia.

Dianggarkan 50 orang awam terkorban dalam kejadian itu.

"Kerana anak kecil itu, Bhoomi masih bersama kami hari ini. Semua ini berkat lindungan Tuhan,” katanya dalam suara terharu.

Terdahulu, SinarPlus melaporkan penerbangan Air India AI 171 terhempas beberapa saat selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sardar Vallabhbhai Patel sekitar jam 1.30 tengah hari, Khamis.

Daripada 242 orang penumpang dan anak kapal, hanya seorang terselamat iaitu yang menduduki tempat duduk 11A, Vishwash Kumar Ramesh, 40.

Kemalangan berkenaan disifatkan sebagai tragedi udara paling dahsyat dalam sejarah negara itu.

Sumber: NDTV