'Tak perlu mahal nak kurus.' Kisah bekas kartunis Anak-Anak Sidek & isteri berjaya turun hampir 30kg jadi viral

Iklan

TABIK springlah! Kisah pasangan suami isteri yang juga pengusaha keropok lekor di Sungai Choh, Rawang, Selangor ini memang boleh buat kita terinspirasi.

Mana tidaknya, kejayaan mereka menurunkan berat badan dalam tempoh lima bulan bukan saja jadi bualan ramai, malah tular di media sosial.

Iklan
Iklan

Lapor Sinar Harian, berat Mohd Razif Sani atau mesra disapa Ajib sebelum ini hampir mencecah 100 kilogram (kg) manakala isterinya, Nordiana Abu Hassan pula 70kg.

Iklan

Bayangkan, mereka masing-masing boleh turun berat hingga 68kg dan 48kg dalam tempoh tak sampai setahun dengan hanya diet sihat yang dipraktikkan.

Nak dijadikan cerita, Ajib yang dulu seorang kartunis terkenal dengan komik ikonik Anak-Anak Sidek bersama isteri nekad untuk ubah gaya hidup mereka.

Iklan

Lagi menarik, mereka langsung tak ambil sebarang suplemen tapi sebaliknya memilih cara semula jadi melalui kaedah Intermittent Fasting (IF) dan OMAD (One Meal A Day).

Menurut Nordiana, mereka mengambil keputusan itu selepas berdepan dengan masalah kesihatan seperti cepat letih dan paras kolesterol yang semakin naik.

Kalau lapar pada waktu malam, mereka hanya makan buah-buahan sebagai alas perut dan elakkan makan berat.

Walaupun sibuk berniaga, mereka tetap tak abaikan rutin senaman harian. Bagi mereka, disiplin itu penting!

“Kami akan berjalan pantas (brisk walk) setiap pagi sekitar 5 kilometer sebelum mula berniaga jam 9 pagi hingga 7 malam. Malam pula kami buat latihan beban ringan di rumah dua hingga tiga kali seminggu,” katanya.

Hanya dengan satu langkah kecil, perjalanan kurus pasangan serasi tersebut tular hingga menerima lebih 2 juta tontonan dan 33,000 tanda suka. Memang wow!

Kata Nordiana lagi, perubahan fizikal mereka bukan sahaja beri kesan kepada kesihatan dan keyakinan diri, tapi turut menyumbang kepada perkembangan bisnes mereka.

“Alhamdulillah, pelanggan makin ramai. Ada video kami yang tular di TikTok sampai capai 2 juta tontonan. Ramai datang cari gerai sebab nak tengok sendiri perubahan kami,” katanya.

Gerai mereka, Keropok Lekor Tiptop 962 yang sudah beroperasi sejak sembilan tahun lalu kini makin dikenali ramai.

Artikel penuh di: https://sinarplus.sinarharian.com.my/dunia/enam-tahun-berjauhan-pratik-joshi-sekeluarga-maut-dalam-nahas-air-india-swafoto-terakhir-undang-sebak-dunia/news

Malah, pelanggan dari luar kawasan pun sanggup datang semata-mata nak rasa keropok dan mungkin juga nak tengok sendiri transformasi mereka.

Bila ditanya tentang cabaran turunkan berat badan sambil jalankan bisnes makanan, Nordiana akui bukan mudah, tapi tak mustahil.

“Kalau nak kurus, kena kuatkan mental dulu. Ujian makan memang banyak, lebih-lebih lagi kami jual makanan tapi kalau kita disiplin dan ada kesungguhan, Insya-ALLAH boleh,” katanya.

Memang kuatlah semangat pasangan ini kerana berjaya buktikan gaya hidup sihat. Bukan semua orang boleh lakukan dengan konsisten tau!

Ayuh! Jom kita amalkan kehidupan lebih sihat untuk kekal fit dan cargas. Moga kisah pasangan berhati waja itu menjadi pemangkin semangat buat semua yang plan nak kurus tahun ini.