Dituduh amang seksual, Naim Daniel serah kepada sistem keadilan. 'Doakan yang baik-baik...'

Iklan

 

BARU-baru ini dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan berita berkaitan selebriti dipercayai melakukan amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 17.

Iklan
Iklan

Teka-teki tersebut terjawab apabila Naim Daniel atau nama penuhnya Muhammad Naim Daniel Baharin, 28, hadir ke Mahkamah Seksyen di Putrajaya.

Meskipun kebenaran masih belum dibongkarkan, menerusi laporan Sinar Harian, pelantun lagu Sumpah itu mengakui tuduhan yang dikenakan ke atasnya sesuatu yang berat dan mengejutkan.

Iklan

Naim Daniel yang ditemui Sinar Harian enggan mengulas lanjut berhubung pertuduhan amang seksual yang dikenakan ke atas dirinya, sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada proses keadilan bagi membersihkan namanya.

“Saya baru sahaja didakwa atas satu pertuduhan yang berat. Saya faham ramai yang mempunyai persoalan dan perkara ini memang mengejutkan sesetengah pihak.

Iklan

“Buat masa ini, saya tidak mahu mengulas panjang kerana tidak mahu sebarang kenyataan mengganggu perbicaraan nanti.

“Saya serahkan segala-galanya kepada sistem keadilan dan bertekad untuk membersihkan nama. Saya juga berharap agar orang ramai dapat mendoakan yang baik-baik,” katanya dalam nada tenang.

Menjawab pertanyaan berhubung keadaannya ketika ini, penyanyi lagu Seni Berdamai Dengan Takdir itu memaklumkan beliau sihat dan kini menumpukan kepada aspek kesejahteraan diri.

Foto: Ihsan Sinar Harian

Imbas kembali, Naim Daniel terdahulu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas satu pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun tujuh bulan di sebuah hotel di Petaling Jaya, pada 19 Mei lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika disabit kesalahan.

Prosiding yang berlangsung secara tertutup itu dijalankan di hadapan Hakim Datin M Kunasundary.

Sumber: Sinar Harian