SUDAH hampir seminggu penyanyi dan pelakon Amira Othman dirawat di pusat perubatan swasta susulan masalah kesihatan.
Mengalami keracunan makanan dan tekanan darah rendah, pelantun lagu Dalam Sujudku itu menerima kunjungan ziarah ibu 'rakan sekerjanya', Fattah Amin iaitu Azizah Abdul Ghani.
Menerusi Instagram jenama tudung dilihat berkongsi dua foto Azizah bersama Amira di suite rawatan penyanyi itu.
"Pengasas Ibu Azizah melawat pengasas Emira. Sama-sama kita doakan Amira cepat sihat.
Fattah dilihat sempat meninggalkan komen dua emoji berupa wajah sedih dan hati berona biru.
Warga maya yang teruja dengan pertemuan itu berharap hubungan antara mereka berkekalan. Tidak kurang yang mengusik duda hot itu kononnya tidak lagi menghantar jambangan bunga sebaliknya 'mengirim' ibunya.
Ramai juga yang mendoakan Amira segera sembuh dan berharap dua selebriti berkenaan menjalin hubungan istimewa.Ujar mereka;
"Terima kasih Abang Long bawa ibu. Semoga Kak Long pulih sepenuhnya. Kami rindu wajah yang murah. Allahumma aamiin. Jazakallahu khairan kathira Abang Long."
"Alhamdulillah tenang hati tengok gambar ini sebab dua insan istimewa Fattah Amin ada. Semoga Amira cepat sembuh, terima kasih ibu Azizah datang melawat gadis kesayangan ramai ini. Cute and sweet."
"Masya-ALLAH tabarakallah. Sungguh pemandangan yang buat hati sejuk sangat."
"Anak founder yang tulis caption agaknya ni. Semoga ALLAH permudahkan segalanya dan dikurniakan kesembuhan. Aamin."
"Amboi bakal mak mentua sayangnya dekat bakal menantu."
"Ibu teman sekerja menziarah."
"Dia tak hantar bunga today. Dia hantar mak dia datang tengok bakal menantu."
Baru-baru ini, Fattah sempat memuat naik gambar Amira di Instagram dengan kapsyen agar penyanyi itu segera sembuh.
Beliau malah telah menghantar dua jambangan bunga sepanjang Amira atau nama penuhnya Nadia Amira Othman berada di hospital.
Sekadar info, Fattah dan Amira mula mendapat perhatian ramai sejak hujung tahun lalu selepas banyak berkerjasama dalam rangka promosi pelbagai jenama.
Meskipun kerap diajukan persoalan mengenai status hubungan mereka, Fattah dan Amira tetap menjelaskan mereka hanya sekadar rakan sekerja.
Sumber: Instagram