Fazura jawab isu saman & hutang, dakwa banyak spekulasi hingga timbul fitnah. 'Saya tidak boleh nak ulas...'

Iklan

BARU-baru ini tular mengenai dakwaan syarikat milik pelakon dan usahawan wanita popular, Nur Fazura Sharifuddin berhutang mencecah jutaan ringgit.

Media tempatan melaporkan ia melibatkan jumlah tuntutan mencecah RM4.65 juta difailkan oleh Obor Holding Sdn Bhd (pemilik Feline Malaysia) dan mendakwa syarikat Pink Fate Sdn Bhd milik Fazura hanya membayar RM2.68 juta daripada jumlah  nilai tudung sebanyak keseluruhan RM7.33 juta yang dibekalkan sejak Jun 2022.

Iklan
Iklan

Susulan kegagalan mendapatkan bayaran penuh, Obor Holding dilaporkan telah memfailkan tuntutan mengikut proses undang-undang selepas mendakwa syarikat Pink Fate enggan memberikan kerjasama.

Dalam perkembangan terkini, Fazura ditanya perihal tersebut oleh pihak media. 

Iklan

Bagaimanapun, pelakon berusia 41 tahun itu tidak dapat mengulas lanjut kerana ia merupakan urusan perniagaan yang bersifat sulit dan kini berada dalam perhatian pihak peguam.

Iklan

"Jadi, mengenai syarikat itu, saya tidak boleh komen lebih-lebih sebab itu adalah urusan syarikat. Fazura pula adalah individu yang berbeza. Saya sendiri.

"Jadi, memang saya tak boleh nak komen banyak tentang syarikat dan juga apa sahaja yang berlaku dalam syarikat tersebut," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran muzik video lagunya, Luar Biasa, di Aurum TRX, Kuala Lumpur pada malam Jumaat.

Pelakon filem Lembing Awang Pulang Ke Dayang itu juga mengakui masalah yang dihadapi itu adalah cabaran biasa yang dilalui seorang usahawan.

"Saya tahu, perniagaan ini bukannya kecil. Saya percaya semua usahawan di luar sana, sama ada lelaki mahupun wanita, faham tentang cabaran-cabaran yang dihadapi apabila kita menjalankan perniagaan.

"Sama ada melibatkan hutang atau apa pun, saya tidak boleh kongsikan sebab perkara itu bersifat sulit dan telah pun diserahkan kepada pihak peguam untuk tindakan selanjutnya," pinta Fazura.

Sekadar info, Fazura mula menjual tudung bawal pada 2022. 

Dengan harga mampu milik, kebanyakan koleksi hijab berkenaan mendapat sambutan luar biasa dan akan habis dijual dalam masa yang singkat.

Sumber: Sinar Harian