DALAM dunia glamor dan sibuknya kehidupan sebagai figura awam, ramai mungkin menyangka sukar untuk mencari ruang memperbaiki diri dalam hal-hal rohani.
Namun, selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa membuktikan sebaliknya apabila berjaya menghabiskan 10 topik pertama dalam jilid satu pembelajaran bahasa Arab.
Dalam satu hantaran peribadi yang menyentuh hati di Instagram Story baru-baru ini, pemilik nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor itu berkongsi detik syukur dan kegembiraan.
Bagi Neelofa, impian itu bukanlah datang dalam semalam. Ia adalah satu perjuangan panjang.
USAI mendirikan mahligai bahagia bersama suami tersayang Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, dan memiliki cahaya mata, populariti bukan lagi menjadi pengukur kejayaan kepada Noor Neelofa Mohd Noor.
Satu impian yang sering tertangguh, berulang kali terhenti di separuh jalan kerana pelbagai cabaran.
Namun begitu, ibu kepada dua cahaya mata itu tidak pernah berhenti berdoa terutama pada waktu-waktu yang diyakini mustajab.
Meskipun harapannya kecil, tetapi keyakinannya terhadap ALLAH sentiasa besar.
Sungguh, ini bukan sekadar tentang pembelajaran bahasa, tetapi perjalanan rohani yang mendekatkan seseorang kepada kitab suci-NYA.
Dalam dunia yang sering memuja kejayaan luaran, Neelofa memilih untuk menyelami makna kejayaan yang sebenar iaitu kefahaman terhadap wahyu Ilahi.
Dalam isi akhir perkongsiannya, Neelofa menyerahkan segalanya kepada Tuhan dan berharap agar ilmu tersebut bukan sekadar singgah tetapi menjadi milik yang bermanfaat dalam hidup dan selepas mati.
Bahasa Arab bukan mudah tapi dengan doa yang konsisten, kesungguhan yang ikhlas dan jiwa yang sentiasa mengharap, insya-ALLAH semuanya akan dipermudahkan.