PELAKON Fasha Sandha menitipkan kesyukuran atas kurniaan anugerah Pingat Jasa Baik (PJB) sempena sambutan ulang tahun keputeraan ke-82 Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.
Menerusi hantaran di Instagram, pemilik nama Nur Fasha Sandha Hassan yang berkongsi beberapa foto istiadat pengurniaan pingat dihadirinya di Istana Arau baru-baru ini mendedahkan bahawa telah dibesarkan di bumi Perlis Indera Kayangan selama 12 tahun.
"Bismillah, saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat ILAHI kerana di atas keizinan dan kurniaan-NYA. Alhamdulillahi rabbil alamin.
Artikel berkaitan:
- Remy Ishak kini bergelar Datuk, jadi suntikan semangat. 'Tak pernah bermimpi, hadiah selepas 20 tahun'
- Tahniah! Ashraf Muslim dianugerah Bintang Khidmat Terpuji Yang Dipertua Negeri Melaka
"Hari ini adalah hari yang bersejarah buat saya di atas anugerah yang dihadiahkan oleh Istana Perlis Indera Kayangan di Majlis Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Perlis Kali Kedua sempena sambutan ulang tahun keputeraan ke-82 Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.
"Menjunjung Kasih Tuanku di atas kurniaan Pingat Jasa Baik (PJB) ini," titipnya.
Fasha dalam masa yang sama berazam untuk menjadikan ia sebagai penguat semangat.
"Patik ini banyak kelemahan dan kekurangan berbanding kelebihan.
"Insya-ALLAH, anugerah ini akan patik jadikan pemangkin motivasi menjadi insan yang lebih baik.
"Semoga Tuanku dipanjangkan usia,sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH, aamin," tulis Fasha yang tidak lupa berterima kasih kepada keluarga dan para peminat yang sentiasa mendoakan kejayaannya.
Sekadar info, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan mengurniakan darjah kebesaran serta pingat negeri kepada 185 pada 19 Jun lalu.
Selain Fasha, pelakon Rita dan Dr Ezany adalah antara 69 penerima PJB.
Sumber: Instagram