Dari ruang kabin ke dunia fesyen: Wanita ini bermula dengan 13 selendang, kini jadi pilihan pengantin

Iklan

DARI sekadar sulaman kasih sayang buat si kakak, siapa sangka kini menjadi helaian impian buat ratu sehari?

Itulah permulaan kisah DINDA.LOOK, jenama busana pengantin yang diasaskan oleh pasangan suami isteri, Amer Saleh dan Siti Noorshahira Shamsudin.

Iklan
Iklan

Diasaskan sewaktu ujian pandemik COVID-19 sekitar tahun 2020 dan dibangunkan daripada semangat seorang wanita yang sebelum itu bergelar pramugari, DINDA.LOOK bukan sekadar jenama. Ia merupakan manifestasi cinta, keberanian dan harapan.

Bermula dengan hanya 13 helai selendang bersulam, Siti Noorshahira menggunakan pengalaman hidup dan kecintaan terhadap seni tekstil sebagai ilham.

Iklan

Kebetulan dia melihat kelompongan dalam pasaran busana pengantin, khususnya yang menampilkan elemen sulaman tradisional dalam reka bentuk moden.

Iklan

Maka, lahirlah jenama yang berteraskan konsep minimal, klasik dan romantis dengan misi mengangkat kehalusan budaya dalam busana kontemporari.

ISTERI SUMBER ILHAM

Lebih mesra disapa Shaa, wanita itu percaya, pasaran busana pengantin memerlukan keseimbangan antara keanggunan moden dan nilai tradisi, namun masih ringkas dan menawan. Prinsip tersebut diterjemahkan melalui slogan"your best minimal classic attire".

Jenama berkenaan mula beroperasi pada tahun 2020 dengan hanya 13 helai selendang bersulam dan secara rasmi didaftarkan setahun kemudian, membawa identiti rekaan yang klasik, minimalis dan elegan.

Terbaharu, DINDA.LOOK memperkenalkan BRIDAL SERIES 2025 yang menampilkan enam rekaan eksklusif: Sakura, Harum Sundal Malam, Dedaun, Melati, Salju dan Kartini.

Menurut Amer yang juga Pengarah Kreatif, koleksi tersebut direka untuk wanita Melayu moden yang menghargai budaya, kelembutan dan cita rasa abadi.

"Busana pengantin ini bukan sekadar pakaian tetapi simbol harapan, ketekunan dan cinta terhadap dunia yang kami cipta bersama," jelas Amer, yang menjadikan isterinya sebagai sumber ilham utama dalam banyak rekaan.