'Saya fikir anak jer…' Keyna Azami tak sangka masih hidup, trauma pesawat senget ketika mendarat 

Iklan

DETIK yang tidak akan dilupakan seumur hidup buat pempengaruh media sosial, Keyna Azami apabila berdepan situasi mencemaskan di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Indonesia baru-baru ini.

Mana tidaknya, pesawat yang dinaiki hampir tergelincir ketika mendarat di landasan sekali gus menjadi mimpi ngeri buat ibu kepada seorang cahaya mata itu.

Iklan
Iklan

Menerusi satu video yang dikongsi di Instagram, Keyna yang masih dalam keadaan trauma itu menceritakan pengalaman ngeri kerana beliau benar-benar sangka itu adalah penerbangan terakhir dalam hidupnya.

Iklan

“Saya tak sangka masih hidup sebab keadaan di dalam pesawat sangat teruk. Tak sangka ALLAH SWT nak pilih saya," ujarnya.

Iklan

Menurut Keyna, suasana bertukar huru-hara dan masing-masing panik bila kapten membuat pengumuman pesawat bersedia untuk mendarat.

“Dekat nak sampai 20 minit lagi, kita orang dah menjerit sebab ini pertama kali Keyna lalui ‘turbulence’ yang macam ni," kongsinya.

Tambahnya lagi, walaupun sudah biasa mengalami gegaran dalam penerbangan sebelum ini, namun apa yang berlaku kali ini sangat berbeza dan terlalu dahsyat.

“Sebelum ni pernah melalui pengalaman naik pesawat bergegar macam ni. Itu Keyna tak kisah," ujarnya.

Keyna turut berkongsi bagaimana semua penumpang mula panik dan masing-masing mula membaca doa serta beristighfar sepanjang proses pendaratan.

“Memang kuat gila beristighfar, ya ALLAH, Astaghfirullah. Saya fikir akan mati. Masa landing tu fikir, saya ada anak kecil bayi. Saya kata dekat tuhan, ya ALLAH jangan tarik aku... Kalau ENGKAU nak tarik aku, tolonglah tarik aku lepas anak dah besar.”

“Sebab saya ada tanggungjawab untuk bagi anak rezeki susu badan sampai dua tahun. Sebab niat masa lahirkan dia, saya nak susukan sampai dua tahun.”

Artikel penuh di: https://sinarplus.sinarharian.com.my/dunia/enam-tahun-berjauhan-pratik-joshi-sekeluarga-maut-dalam-nahas-air-india-swafoto-terakhir-undang-sebak-dunia/news

" />

“Jadi masa mendarat tu kalau mati, anak tak dapat susu badan aku. Itu saya fikir anak sahaja,” katanya sambil menangis dalam video tersebut.

Malah katanya, itu kali pertama dirinya menaiki pesawat tersebut dan insiden berkenaan benar-benar meninggalkan trauma.

Dalam ruangan kapsyen, dia berkongsi rasa syukur kerana masih diberi peluang hidup oleh Allah SWT dan mungkin sebagai peringatan untuk memperbaiki diri dan lebih menghargai kehidupan.

Sebenarnya, apa yang berlaku? Insiden yang tular itu turut mendapat perhatian ramai apabila video pesawat mendarat dalam keadaan senget dan hampir tergelincir tersebar di media sosial dan portal berita Indonesia.

Bagaimanapun, wakil Komunikasi Korporat, Danang Mandala Prihantoro menjelaskan, pesawat Batik Air bernombor pendaftaran PK-LDJ tidak tergelincir dan mendarat dengan selamat serta mengikut prosedur operasi standard.

Beliau menjelaskan, angin dari sisi menjadi punca pesawat kelihatan mendarat dalam keadaan senget, namun kelajuannya masih dalam had yang dibenarkan.

Rasa macam terhenti jantung sekejap bila dengar kisah Keyna yang memang tak akan dilupakan sampai bila-bila. Nasib baiklah tiada apa-apa serius, kan?