‘Selamat Hari Lahir Mohsein!’ Doa indah Sharifah Amani dan suami buat anak sulung bikin ramai sebak

Iklan

SUDAH genap setahun usia si kecil comel, Ahmed Mohsein yang merupakan cahaya mata sulung buat pasangan selebriti, Sharifah Amani dan Ahmed Faris Amir.

Dalam satu perkongsian penuh syukur dan kasih sayang di Instagram, pemilik nama sebenar Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya itu meluahkan rasa terharu melihat anak kecilnya membesar bagaikan juara.

Iklan
Iklan

Doa yang dilafazkan oleh sang bapa sendiri, penuh harapan agar Mohsein dibesarkan dengan rahmat dan perlindungan Ilahi.

Iklan

Pasangan itu memohon agar Mohsein membesar sebagai insan beriman, bijak, sihat, kuat semangat dan jadi penyeri keluarga yang membawa kebaikan kepada sekeliling.

Iklan

Tidak cukup dengan itu, mereka juga memohon perlindungan dan diberikan kekuatan pada saat-saat sukar buat anak kesayangannya.

Grant him strength in hardship, humility in ease, and joy in worship. Surround him with love, guide his steps, and let him never feel alone,” tulisnya lagi.

Majlis hari lahir Mohsein yang diadakan itu cukup simple tapi sangat menyentuh hati.

Tema warna pastel lembut, senyuman Amani dalam busana kebaya hijau dan renungan manja Mohsein buat ramai netizen cair!

Ruangan komen pun dihujani ucapan dan rasa sayang. Rata-rata netizen berkongsi doa buat si kecil.

"Happy Birthday Mohsein! Moga tumbuh sihat dan jadi anak soleh." – @liza_hamzah

"Cutenyaaaa! Comel betul gambar birthday boy tu." – @anisanoor

"Simple & cantik je Sharifah Amani ni. Kebaya pun lawa!" – @atiiiiraa

"Real life Mukhsinlah!" – @sitizan

"Suka tengok Amani dalam fasa motherhood ni. Sweet sangat." – @noorshahidah3

Ramai juga tumpang sebak dan tersentuh dengan doa indah yang dikongsi Amani buat hero kecil mereka.

Ada yang kata, doa yang dikongsikan boleh buat air mata menitik.

Tak kurang juga yang puji penampilan Amani yang tetap berseri walau dalam gaya simple.

Untuk si kecil Mohsein, SinarPlus ucapkan Sanah Helwah Barakallah Fii Umrik sayang! Semoga terus membesar dalam rahmat dan lindungan ALLAH selalu.