PELAKON popular, Fattah Amin menjadi perhatian ramai selepas kelibatnya tidak kelihatan pada majlis persembahan tarian tradisi anak perempuannya, Nur Fatima Aisya baru-baru ini.
Ketiadaannya pada acara penting Fatima itu dipersoalkan warganet sementelah bekas isterinya yang juga aktres dan usahawan, Nur Fazura, memuat naik video di sekitar acara sekolah anak mereka di media sosial tanpa kehadiran aktor tersebut.
Menerusi perkongsian di Insta Story miliknya, Fattah memaklumkan terpaksa bekerja dan tidak dapat menghadiri acara berkenaan.
Pemilik nama Abdul Fattah Bin Mohd Amin itu tampil memohon maaf kepada Fatima dan menitipkan rasa bangga terhadap puteri tunggalnya.
"Tapi ingatlah selalu daddy sentiasa bangga dengan awak. Daddy sayang Fatima,”katanya.
Difahamkan, aktor bekenaan berada di Auckland, New Zealand untuk menjalani penggambaran drama bersiri.
Sekadar info, Fatima yang dilahirkan pada 2 Oktober 2020.
Fattah dan Fazura melangsungkan perkahwinan pada 27 November 2017, namun mereka secara rasmi bercerai pada 4 November tahun lalu.
Terdahulu, Fattah yang bersetuju memberikan hak penjagaan Fatima kepada bekas isterinya.