Fara Salleh timang anak sulung tanpa Shuk Sahar di sisi- ‘Elaine Nada lahir dalam ujian'

Iklan

ISTERI Shuk Sahar, Fara Salleh selamat melahirkan cahaya mata pertamanya 26 Jun lalu.

Berkongsi berita gembira di Instagram, Fara sempat mengimbas momen kelahiran puterinya yang dinamakan Elaine Nada.

Iklan
Iklan

Jelas Fara, kelahiran anak sulungnya itu tidak dijangka dan dia hanya ke hadir ke hospital untuk pemeriksaan kehamilan biasa namun dinasihatkan melalui proses  indius demi keadaan si kecil.

"Awal datang untuk check up tapi doktor nasihatkan masuk wad sebab air ketuban sudah mula kurang dan baby kurang berat badan sebab masalah uri. 

Iklan

"25 Jun dimasukkan belon. Proses memasukkan belon tidak sakit, tetapi selepas belon  masuk tu sakitnya 100000/10 dan selepas 12 jam menahan sakit baru dapat penahan sakit.

Iklan

"26 Jun, 6 pagi belon dikeluarkan kerana bukaan tidak bertambah. Cuma 2 sentimeter (cm) je sepanjang 24 jam pakai belon. Doktor pecahkan air ketuban dan pukul 7 pagi ke dewan bersalin," kongsinya.

Menurut Fara, perkembangan bukaan serviks yang perlahan dan keadaan bayi hampir lemas menyebabkan doktor menyarankan pembedahan Caesarean.

"Akhirnya bedah pada jam 5.30 petang. Alhamdulillah lahirlah Elaine Nada, tapi kami berdua tidak dapat bersama kerana baby terus masuk wad disebabkan air ketuban berkuman. Saya diberikan antibiotik dan berada di wad selama lima hari, begitu juga anak," titip Fara.

Dalam pada itu, Fara berkongsi saat luar biasa yang dihadapinya bersalinkan permata hati tercinta tanpa kehadiran suami.

"Hebatnya Fara Salleh. Doakan semoga Elaine Nada membesar dengan sihat," kongsinya.

Baru-baru ini Fara mendakwa Shuk atau Mohamad Shukri Mohamed Sahar telah menceraikan dirinya dengan talak satu di Thailand.

Terdahulu, kemelut rumah tangga Fara dan Shuk bermula selepas wanita itu mendakwa menjadi mangsa penderaan mental suaminya dan dikatakan tidak menghiraukannya sepanjang berada di hospital.

Fara turut mendakwa Shuk sebagai suami yang tidak bertanggungjawab dan tidak mempunyai usaha untuk menamatkan kemelut rumah tangga mereka.

Shuk dan Fara berkahwin pada November 2023. Pada awal Februari 2025 Fara pernah memfailkan perceraian terhadap Shuk.

Sekadar info, Shuk terdahulu mendirikan rumah tangga dengan pempengaruh media sosial, Rossa Sera pada 2015 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Nur Qurratu Ain, 9, dan Nur Assiyfatu Aimi, 6.

Bagaimanapun, mereka bercerai talak satu pada 22 Mac 2023.

Sumber: Instagram