‘Syukur bebas cold violence’ – Sharon Paul sah cerai Rusdi Ramli Januari lalu, ikatan perkahwinan 17 tahun terlerai

Iklan

 

KOMPOSER Sharon Paul mendedahkan sudah bercerai dengan pelakon dan pengacara Rusdi Ramli sejak Januari lalu.

Iklan
Iklan

Mendedahkan tiada kata sepakat dicapai antara kedua-dua pihak, Sharon, 47, memilih membawa haluan sendiri dan memfailkan permohonan cerai terhadap Rusdi.

"Saya sudah bercerai sejak Januari tahun lalu. Saya sendiri yang uruskan proses perceraian itu dengan melantik peguam dan selesaikan semuanya.

Iklan

"Kalau tunggu dia, memang tidak selesai apa-apa," katanya kepada mStar.

Iklan

Penggubah lagu terkenal itu juga mengakui tahun 2024 merupakan detik penuh dugaan namun syukur berjaya mengharunginya.

"Tahun ini saya anggap sebagai tahun pemulihan. Kadang-kadang kita perlu jatuh dulu sebelum boleh bangkit semula.

"Saya gembira dan rasa bebas sekarang. Ada satu istilah mengenai perkara yang saya terpaksa hadap selama ini iaitu cold violence," ujarnya.

Ditanya mengenai hak penjagaan anak mereka, Sharon berkata, kedua-duanya memilih untuk tinggal dengannya.

"Mereka boleh saja tinggal dengan Rusdi, tapi mereka lebih selesa tinggal dengan saya," katanya.

Terdahulu, perkahwinan mereka dikatakan sudah goyah dan sukar dipertahankan. Malah, penggubah lagu Gundah dan Sampai Bila itu pernah mengakui hanya bertahan demi anak-anak.

Imbas kembali, Sharon dan Rusdi bernikah pada 16 November 2008. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua putera iaitu Reo Rizal, 16, dan Ryan Ridza, 13.

Rusdi memiliki seorang anak lelaki daripada perkahwinannya yang terdahulu.

Sumber: mStar